27 March 2008

Ayam Golek Rosemary


Program abang Budin dijadikan tayangan
Kisah menarik tentang Dunia punya cerita
Ayam golek rosemary dijadikan hidangan
Istimewa buat santapan keluarga tercinta


Ayam golek??? Kenapa ya dipanggil begitu? errmmmm dah tentu kerana ayam tu tergolek-golek dalam pinggan setelah dipanggang :p

Anak-anak memang suka menu ini tapi umie jarang berkesemptan untuk membuatnya kerana sibuk dengan aktiviti lain yang ada...

Bila ada peluang tu, buat jugalah untuk mereka... makan macam tu je pun ok... ikutlah selera masing-masing macam mana cuma masa masak ni umie jodohkan dengan nasi jagung...

Bahan

1 ekor ayam (sederhana besar)
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan serbuk
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 batang serai*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis/masin
1 sudu besar butter/margerin
1 sudu besar rosemary kering
Garam/perasa secukupnya


Cara

1. Bersihkan ayam dan biarkan seekor.
2. Blend bahan bertanda * dan campurkan bahan-bahan yang sudah diblend bersama ketumar dan jintan serbuk, sos tiram, madu, kicap manis/masin, garam/perasa dan butter/margerin.
3. Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama kurang-kurang 2 jam (atau lebih).
4. Masukkan ayam telah diperap dalam kaserol dan taburkan rosemary kering.
5. Bakar dalam api perlahan hingga ayam empuk.




5 comments:

Jamal Abd Rahman said...

ayam golek dgn nasi jagung tu nampak sedap jer..boleh courier kat saya ? hehehe

umi_e said...

uncleJ... tak payah courier ler.... meh datang sini dan terus fresh dari oven ;)

Doyok said...

perghh..lazatla. terliur nii

umi_e said...

hehehehhe meh ler sini kita golekkan ayam lain lak nak :p :D

Anonymous said...

salam kak, saya tak penah cuba masak ayam dalam oven lg..slalu bbq je..so masa masukkan ayam dlm kaserol tu..nk kene tutup tak dgn penutup kaserol or aluminium foil?tk.