30 March 2008

Nasi daging


Pak Brahim pancing ikan siakap
Cik Mat masak dengan jelatah
Nasi daging menu yang lengkap
Makannya bersama acar mentah

Nadi daging ni pun senang juga disediakan cuma ambil sikit masa untuk mengempukkan dagingnya saja. Sebelum ini umie pernah kasi resepinya kepada Shah @ superman dan Shah kata dah cuba membuatnya. Nasi daging ini mungkin tak sama macam nasi daging yang sedia ada sebab umie dah ubah suai ikut selera...


Bahan

5 cawan beras Basmathi

1/2 kilo daging

2 biji kentang - kupas dan potong 4

1 biji carrot - kupas dan potong kasar

1 sudu rempah sup

1 bungkus besar rempah kurma

1 inci halia

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 sudu makan minyak sapi

rempah menumis - pelaga, cengkih etc

1 cawan susu cair (nanti campur dengan 4 cawan air rebusan daging)

sedikit garam/ perasa

*blend semua bawang+bawang putih+halia

Cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Panaskan minyak dan tumis 1/2 bahan blend* sehingga naik bau dan masukkan rempah kurma. Masukkan daging yang telah diketepi (airnya diambil utk masak nasi) dan masukkan carot serta kentang - masak hingga empuk dan ketepikan
  5. Panaskan minyak sapi dan rempah menumis (kulit kayu manis,buah pelaga etc) dan dikuti dengan 1/2 lagi bahan yang dah diblend didalam periuk nasi hingga naik bau.
  6. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  7. Masukkan air rebusan daging. (Pastikan air rebusan daging yang dimasukkan ikut sukatan beras iaitu 4 cawan beras+ 1 cawan susu cair+garam) atau ikut kesesuaian beras yang digunakan.
  8. Bila beras sudah agak kembang jangan lupa kacau supaya nasi sebati dan biarkan nasi kering.
  9. Bila nasi sudah kering, masukkan tumisan daging ke dalam periuk nasi dan kacau supaya agak bercampur dan biarkan hingga nasi betul2 masak.

No comments: