Cik Mat hidangkan mee suah
Rajin memasak juadah harian
Sekarang ini kan musim buah
Bubur kacang pun letak durian
Durian dari kebun yang dibekalkan oleh adik semasa balik ke Melaka
Rajin memasak juadah harian
Sekarang ini kan musim buah
Bubur kacang pun letak durian
Durian dari kebun yang dibekalkan oleh adik semasa balik ke Melaka
Sekarang ini kan musim buah, macam-macam buah ada... Minggu lalu umie balik Melaka menziarah abang yang dimasukkan ke hospital. Pulang dari ziarah abang, umie singgah di rumah adik. Lama jugalah tidak ke sana, sehinggakan buah pun dah 'di hujung-hujung' :p
Ada rezeki jualah nak merasa durian dari kebun sebab adik umie simpankan mana yang ada bila tahu umie akan ke sana. Buah manggis, rambutan dan duku langsat memang masih banyak cuma tak larat je nak punggah bawa balik hehehehhe
Bila musin buah terutamanya durian, macam-macam juadah dihidangkan berkaitan dengan durian, salah satunya bubur kacang... Senang je nak buatnya tapi umie letak jugalah resepinya di sini, mana tahu esok-esok anak umie nak buat sendiri :D

Bahan
500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau gula melaka
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Isi durian - ikut suka banyak
Cara
1. Bersihakan dan rendam kacang hijau lebih kurang 2 jam
2. Rebus kacang hijau sampai lembut
3. Masukkan gula merah atau gula melaka dan sedikit garam
4. Masukkan santan bersama daun pandan
5. Masukkan durian/isi durian dan masak hingga mendidih

11 comments:
haaaaaaaaa? bubur kacang durin?
mmg xpenah rase..glupp mesti bes.
Bubur kacang campur durian... woowww.. best tu... makan plak cecah dgn roti gardenia... petang-petang sambil tgk tv... wooo best tu...
cemut... macam bubur kacang biasa cuma ada perasa durian je :D
chimera... kalau buat ice pun sedap tau! ;)
ni..
makanan kucing gak ke?
ahaks
ezad...
hehehehehe yang ni tuan kucinglah yang makan :p
Alahai bubur kacang campur durian. ada yang makan sampai terangkat, ada juga yang tutup hidung tak leh makan. Semuanya bergantung pada selera masing2.
toknabe...
tu ler... walaupun kak e kembar tapi kembar kak e tak gemar durian... dia tolong punggahkan je durian dari kg utk kak e dan temankan kak e gi makan durian di tepi jalan hehehehehe
bestnyaaaaaaa duriannnnnnnnn
akak, tq 4 the recipe..walaupun sy dah jadi mak orang masih x reti nak buat bubur kacang durian..ahaks :D
ayu... durian banyak kat mana2 kan...
mama shahmi... senang je... nanti bolehlah buat eekkkk ;)
Post a Comment