8 August 2008

Selamat Pengantin Baru Buat "B" & "S"

Che Ros orangnya tenang
Kak Teh tak banyak tingkah
Dimulai dengan bertunang
Kini dua hati diakad-nikah

Hari ini, 08-08-08 merupakan tarikh yang cantik untuk dijadikan sebagai tarikh keramat! Oleh kerana tarikh yang begitu cantik ini banyak orang mengambil kesempatan untuk menjadikannya sebagai suatu tarikh yang istimewa dalam hidup mereka. Banyak betul undangan pernikahan dan persandingan pada tarikh ini kan...


Sempena tarikh yang cantik ini juga dua orang sahabat di alam maya akan melangsungkan pernikahan mereka. Mula-mula perkenalan mereka hanya di alam maya dan kini di alam nyata! Perkenalan, persahabatan dan kemesraan yang terbina menjalinkan ikatan kasih mesra dan cinta hinggalah ke ambang pernikahan.


Semoga kasih cinta kalian berdua akan terus berkekalan... seandainya nanti bahtera yang dilayari tiba-tiba goyang dilambung ombak, ingatlah saat-saat suka duka yang harus kalian harungi untuk dapat hidup bersama... Jangan dilupa, yang pastinya akan ada dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera rumah tangga...


Di ruangan ini, sebagai tanda kegembiraan meraikan pernikahan kalian, kak e buatkan pantun dengan nama-nama siber rakan-rakan kita semasa sering di room MyQalam :)
* Room MyQalam hanya tinggal kenangan...

Bro G kenalan YM yang mula-mula
Kegemarannya makan gula permin
Di Yahoo Messenger ianya bermula
Berkenalan kini ke jinjang pelamin

Dang Anum juga nikahlah sudah
Majlis turut diaraikan oleh rakan
Bercinta dan kasih bertahun sudah
Kini tiba masanya diijab-kabulkan

Moy menunggu si Peter di tepi titi
Nampak bayang senyuman berseri
Hari bahagia ini yang dinanti-nanti
Rasmilah kini menajdi suami isteri

Mc Nods sudah ada kereta
Majlis kahwin pergi sendiri
Hati gembira tidak terkata
Kekasih kini menjadi isteri

Farhakete suka duduk di hujung
Dalam room Qalam itu tempat dia
Ramai tetamu datang berkunjung
Meraikan sama hari yang bahagia

Pak Wed antara chatter tertua
Dalam room MQ cakap perlahan
Doa kak e untuk kalian berdua
Moga bahagia terus berkekalan

No comments: