30 June 2008

Mengimbas kenangan ~ Sebulan Pemergian Flero ~

Masa berehat ~ masing-masing mengambil tempat ~
Waktu ini Lucky belum ada lagi
Mamaranggie orangnya amat berbudi
Temannya dari Timur hingga Selatan
Cukuplah kini sebulan Flero bersemadi
Namun kenangannya terus di ingatan
Tanggal 30 Mei 2008, Flero telah meninggalkan alam yang fana ini... Flero kini tenang bersemadi mengadap Illahi... Sempena sebulan pemergian Flero, n3 kali ini sekadar untuk mengimbas kembali kenangan bersamanya...
Flero seekor kucing yang tabah, sabar dan penyanyang... Flero tidak memusuhi mana-mana kucing yang ada, malah dia pasti menerima dengan baik kucing-kucing yang datang selepasnya seperti Envy dan Lucky...
Kemesraan Flero membuatkan dia disenangi oleh kucing-kucing lain dan juga kanak-kanak yang turut menziarahi kediaman kami. Keramahan dan kemesraan Flero terlihat dengan perlakuannya yang hanya mendiamkan diri dan mengikut apa sahaja tinadakan kanak-kanak yang menggomolinya...
Flero seolah-olah begitu memahami kehendak kanak-kanak sehinggakan kanak-kanak merasa seronok dan tidak takut untuk memegang kucing. Kebanyakan kanak-kanak memang menyenangi kucing dan ada juga kanak-kanak yang takut akan kucing (mungkin tidak pernah menyentuh kucing atau pernah dicakar atau digigit kucing sebelumnya). Namun jika bersama Flero, kanak-kanak yang mulanya takut akan menjadi berani dan gembira...
Kini Flero telah tiada, yang tinggal hanyalah kenangan... Kenangan yang pastinya membuatkan bibir mengukir senyuman... dan ada kalanya menerbitkan kesedihan... Sedih kerana pemergiannya yang begitu cepat tanpa sempat kami membelainya di saat-saat hembusan nafasnya yang terakhir... Semoga Flero terus damai di sisi-Nya...
* Kemesraan itu terlalu cepat berlalu...
Kemesraan itu akan dikenang selalu...

15 comments:

Anonymous said...

uik mak kucing2 tu tengah berehat ke atau tengah skodeng? wekekeke

umi_e said...

ien... dua-dua sekali hehehehehe :D

nanonano said...

akak xlepak skali tas tingkap tu??
ekekkeke..

Anonymous said...

banyaknya kucing mesti bestkan, boring2 boleh main dgn kucing. Saya pun suka kucing.

Anonymous said...

assalamualaikum. sedang melayari semua blog kek. singgah kejap kat sini. ok, kan? boleh saya link blog ni?

umi_e said...

nano :P kalau boleh kak e pun nak lepak sama kat tingkap tu :p

umi_e said...

khairina...

Kucing dapat menghiburkan hati ;)

* kak e suka orang yang suka kucing hehehehehehe :D

umi_e said...

deehan...

w'kum salam... silalah link :) Thanks

Aiden Reez said...

Waa...

Elok aje masing2 mengambil tempat kat tingkat tu ek?... Macam dia orang dah tau dah tempat masing2... Muat ke nak tido kat situ?...

I see... Takpe lah kak... Reez pun dah kehilangan beberapa ekor kucing sebelum ini.. Ada seekor tu mmg kami sekeluarga jaga betul2... Bwk pi klinik dan wat medical check up... Last2 mati kene bunuh dengan anjing liar...

Skarang, Reez dah takde kucing langsung.. Keluarga memutuskan cukup setakat ini...

:D

TokNabe said...

Seronoknya depa lepak..... cuci mata ke?

umi_e said...

Reez... sedihnya bila kucing kesayangan mati kerana dianiaya oleh anjing liar.

* Kalau mati sakit kurang terasa marah sebab dah takdirnya begitu...

umi_e said...

Tok nabe... kucing-kucing tu memang suka lepak kat situ, kebetulan masa tu mereka tengah dok melepak, anak kak e pun cepat2 ambil gambar tu tapi lupa pulak nak ambil gambar mereka dari depan sebab memang tak plan dan terkifir pun...

Anonymous said...

tengok kucing2 tu akak teringat satu peristiwa;
sarah(arwah):mama,sebab apa mama benarkan kitaorg bela kucing, dulu tak bagi?
mama: masa mama kecil dulu nenek benarkan mama bela kucing, tak adil kalu tak bagi anak2 mama bela kucing.

jadi arwah dan adiknya seronok sgt dpt bela kucing dgn bbrp syarat. tapi disebabkan kucing itu diambil yg sudah remaja,kucing tu sgt lasak dan asyik mengekor dan 'melilit' kaki arwah dan adiknya. 2 hari je mrk sanggup jaga.
mrk terpaksa hantar balik kucing tu ke tempat asal. tp akak bersyukur sbb sempat menunaikan hajat anak2..

Bonekahati said...

ske arr tengok aksi kucing2 kak e lepak kat window tu... mcm 1 pasukan

farah, s. said...

byk nye kucing dia...