Manje cerita ibunya hanya dua beradik
Tokwan meninggal amat menyedihkan
Bubur nasi memang kegemaran Adik
Masak seperiuk pun boleh dihabiskan
Bubur nasi ni anak umi yang no.2 (Adik) suka sangat tapi kali ini umie buat bukan di atas permintaan adik kerana masa itu Adik minta masakkan nasi impit (anak-anak umie panggil nasi empat segi) -> nak makan lontong.
Kakak pula pada masa umie sedang buatkan nasi impituntuk adik, dia ada di dapur. Umie pun tanya kalau dia pun ada permintaan juga. Jadi diapun sebut kalau boleh buatkan bubur nasi ayam. Kebetulan bahan semuanya dah tersedia, jadi umie buatkanlah juga.
* Nasib baik masa tu Baby tak ada kat dapur... kalau tak apa pulaklah yang dia minta dibuatkan eekkkkk :D
Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
500gm ayam cincang6 cawan air
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*1 cm halia*
1 sudu besar rempah kurmaminyak untuk menumis
1 kiub stok ayamgaram/perasa secukupnya
daun sup/bawang goreng/cili merah - ricih halusCara
1. Bersihkan beras dan masak bersama 6 cawan air (tambah jika perlu)
2. Blend bahan*
3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan blend dan rempah kurma4. Masukkan kiub ayam+garam/perasa
5. Masukkan ayam cincang dan gaul sebati hingga masak dan padamkan api6. Setelah bubur masak (nasi hancur) baru campurkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalamnya.
7. Kacau rata dan tambah garam jika perlu
8. Hidangkan bersama daun sup/bawang goreng/cili merah dan serbuk lada sula (jika suka)
* anak umie suka letak kicap pedas sebagai tambahan ;)
2 comments:
sukanya!! sukanya hati!! jumpa lagi satu blog masak2!! bleh cuba2 lelagi yang simple2 skit..
best..best!!
~hatiku berbunga riang~
:D tapi di sini yang simple2 je dayu ;)
Post a Comment