12 December 2007

Peach cup cake


Umie dapat idea buat cake ni dari dark cherry cake CMG kita.
Umie modified bahan yang digunakan ikut apa yang ada.
Hasilnya amat memuaskan hati kerana semua yang makan kata "BEST LER!"
Terima kasih ya CMG sebab kasi idea :)



Bahan


200 g mentega
3 biji telur
150 g gula halus (blend jap)
1 camca teh esen vanilla
300 g tepung naik sendiri
1 sudu teh ovelet
1 tin peach (ditoskan airnya dan potong cubes)

Cara
  1. Panaskan oven (pre-heat)
  2. Pukul mentega, esen vanilla dan gula halus hingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga putih, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan ovelet dan pukul lagi.
  4. Gunakan speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga semua sebati dan rata.
  5. Masukkan buah peach dan gaul hingga bercampur ke dalam tepung.
  6. Tuang adunan ke dalam mangkok cake (umie dapat 24 biji)
  7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 25 minit (cucuk sampai lidi keluar dengan bersih)

No comments: