11 November 2007

Lemang kukus


Lemang ni dari sitifadzilah, member MR. Lemang ni memang bagus sebab boleh tahan lama (frozen). Bila-bila nak guna boleh keluarkan dan panaskan semula (kukus balik) dan rasanya memang tetap kekal.

Lemang ni sedap di makan dengan rendang... kalau tak ada rendang bolehlah makan dengan serunding daging... kalau tak ada juga... simpan balik dalam freezer tungu sampai ada hehehehehehe:P

p/s: Thanks siti sebab kasi tau cara camna nak buat lemang ni... so in future anak2 umie boleh rujuk di sini :D

*** lemang ni masih ada lagi...


Bahan

Pulut (ikut suka banyak mana nak buat)
Santan pekat (ikut suka lemak)
Garam
Daun pisang
Tali untuk mengikat

Cara

1. Cuci dan rendam pulut (biasanya kalau nak masak pagi - rendam malam sebelum tidur)
2. Panaskan kukusan dan kukus pulut sebentar
3. Letakkan pulut dalam bekas yang besar dan harungkan santan kelapa ke dalam pulut tadi.
4. ambil sedikit pulut (ikut suka nak buat besar mana) dan gulung dengan padat dan ikat dengan tali.
5. Masukkan dalam kukusan dan kukus hingga masak.

2 comments:

Lydia said...

si Tak nampak gambar je terus kata "onigiri"... Japanese rice ball ... hehehe

umi_e said...

lydia... lebih kuranglah tu kan;) cuma yang ini guna pulut :D