4 May 2009

Sedap sehingga menjilat jari :P


BelalangDewa lawa memakai kot
Tertinggal komuter terlari-lari
KFC makanan yang kini diboikot
Sedapnya sehingga menjilat jari

Mahzuz tak mahu keluar dari kotak

Hari ini tak ada masakan untuk dipaparkan (maklumlah dapur rumah dah jarang berasap) maka umie nak buat tayangan coretan tentang Mahzuz - ahli baru yang telah umie ceritakan dalam n3 yang lalu...

Kebetulan Selepas Adlin @ Baby @ Bubble selesai makan kegemarannya, si Mahzuz pun mengiau-ngiau minta diberi perhatian. Bila diangkat sahaja Mahzuz ke atas, terus dia melompat masuk ke dalam kotak yang telah dikosongkan isinya. Hanya dengan bekas dan baunya sahaja Mahzuz dah 'kenyang' sehingga menjilat jari.

Mulanya kami hanya tergelak memerhatikan telatahnya yang beria-ria menjilat jarinya. Kemudian baru kami terfikir untuk merakam telatahnya itu. Memang telatah Mahzuz melucukan dan sesuai dengan tema KFC - Sedap sehingga menjilat jari - hehehehehehe cute kan Mahzuz ;)

3 May 2009

Happy Day ~ Sunway Lagoon ~

Permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur :P

Leyza bercuti pergi ke Rangoon
Sampai di sana hari telah siang
Bergembira di Sunway Lagoon
Bersama keluarga amatlah riang


Bergambar bersama 'maskot' dan 'watak' (apa pun tak tau...) hehehehe

Sempena cuti Hari Pekerja, umie dan adik kembar umie telah membawa anak-anak kami untuk bergembira di Sunway Lagoon. Anak-anak begitu seronok sepanjang hari di sini. Banyak sungguh orang pada hari itu, mungkin kerana hujung minggu dan cuti umum juga.
Semasa di sana umie dan anak-anak telah cuba menaiki beberapa permainan yang umie rasa macam 'nak terkeluar isi perut' hehehehehehe Rasanya memang menakutkan TETAPI setelah selesai satu pusingan, rasa seperti ingin mencuba lagi :D
Anak umie, si Baby @ Bubble @ Adlin tidak dapat menaiki beberapa permainan yang dia inginkan kerana 'tidak cukup tinggi' dan itu membuatkan dia bersedih... menangis pun pegawai yang bertugas tidak dapat membenarkannya kerana membahayakan keselamatan diri :-S
Walaupun amat memenatkan namun anak-anak begitu gembira dan minta dibawa ke sana lagi kerana masih terdapat beberapa permainan yang mereka tidak sempat mencuba. Hampir satu hari kami di situ (hingga masa tutup - 6pm) tetapi masih tidak cukup masa untuk menaiki kesemua permainan yang ada di taman tema kerana terpaksa beratur panjang.
Antara 'jam' yang perlu dipakai - kesemuanya 13 orang -

2 May 2009

Lucky ~ Dalam Kenangan ~

lucky semasa dalam rawatan di klinik - warded

Berkerja keras untuk kesenangan
Falsafah Amer agar hidup senang
Lucky kini hanya dalam kenangan
Kehadirannya pasti akan dikenang
lucky semasa jatuh sakit

Pada tanggal 2 Mei 2008, pada waktu senja, Seekor anak kucing telah berkeliaran di pinggir jalan... Disebabkan khuatir dirinya akan ditimpa kemalangan, anak kucing itu telah dibawa pulang oleh hb umie. kisah Lucky lagi

Sejak dari hari itu, Lucky menjadi ahli keluarga kami yang paling muda... Namun malang sekali usia Lucky tidak panjang :( Lucky telah meninggalkan kami semasa kami tiada di rumah (kecuali ayah) dan ayah telah tanam Lucky di halaman rumah (bersebelahan dengan Flero) tapi seperti biasa, jika kami tiada di rumah dan berlakunya kematian terhadap kucing kami (seperti Flero) ayah akan ambil gambar dahulu sebelum ditanam...

Mengenang kembali kisah Lucky, setiap kali terkenang umie pasti merasa sedih dan terkilan kerana hari sebelum Lucky meninggalkan kami buat selamanya, Lucky cuba bermanja dengan umie. Namun disebabkan umie begitu sibuk dengan urusan dan persiapan untuk ke Kuantan pada malam itu, umie telah mengabaikan Lucky yang minta dimanja :((

Sedih sungguh bila mengenangkannya kerana umie tidak langsung dapat memegang (apa lagi untuk membelainya) atau menghiraukan rengekan Lucky, malah umie minta Lucky dikurung dalam sangkar kerana umie dalam keadaan kelam kabut untuk menyiapkan barang-barang yang perlu dibawa ke Kuantan sedangkan Lucky terus mengekori umie dan sampai umie hampir terpijak dirinya. Malah semasa umie akan berangkat bersama kawan umie, Lucky terus mengiau tetapi umie tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal dan terus pergi bersama kawan yang telah menunggu umie - kami telah lewat kerana ada lagi yang menunggu untuk dijemput oleh kawan umie itu -

Kebetulan masa itu 'long weekends' kerana cuti Thaipusam, anak-anak juga pulang ke kampung. Esoknya (sabtu, 7 Februari) ayah sms beritahu ada berita sedih, kematian kucing umie - LUCKY - terus umie menangis sedih dan merasa terkilan yang amat sangat bila terkenangkan rengekan Lucky (mungkin dia ingin beritahu umie yang dia akan pergi untuk selamanya...) Umie tidak langsung menyangka Lucky akan pergi meniggalkan kami kerana tidak nampak keadaannya yang sakit atau uzur sebab dia masih lalu makan dan dia juga baru saja mendapatkan rawatan (pada 17 januari) dan selepas rawatan itu dia kembali berselera makan dan keadaannya telah kembali pulih...

Kami mengharapkan Lucky akan membesar tetapi tidak sampai pun setahun umurnya, dia telah pergi untuk selamanya... Kini Lucky hanya tinggal dalam kenangan kami... Setiap kali tepandang kucing kecil seiras dengan Lucky pasti kenangan terhadapnya akan menjelma... Kini Mahzuz sering mengingatkan kami terhadap Lucky kerana tubuh Mahzuz sebesar Lucky...

1 May 2009

2nd Happy Birthday to Chiku


Anak 3E sama comel satu dan dua
Si Emil pun lawa tidak dikalahkan
Chiku sambut ulang tahun kedua
Semoga usianya Allah panjangkan


Tahun lepas tanggal 1 May, Chiku sambut ulang tahun yang pertama dengan penuh gemilang :) Alhamdulillah... tahun ini pada tanggal yang sama Chiku masih sihat dan dapat menyambut ulang tahunnya yang kedua. Malangnya pada hari lahir Chiku, umie ada tetamu dan juga ada temu janji untuk berjumpa dengan kawan cyber di KLCC, maka umie tak dapat nak celebrate birthday Chiku seperti tahun lalu ->

http://umi-e.blogspot.com/2008/05/chikus-1st-birthday.html

Sorry ya Chiku cayangggggggggg :-*

Chiku seperti tahu yang umie tidak buat apa-apa sambutan untuk meraikannya, dia kelihatan moody dan suka bersendiri. Tambahan pula beberapa minggu lalu si Kakak bawa balik seekor lagi anak kucing - Chiku tak suka! Ini menambahkan lagi rasa sedih dan marah Chiku agaknya... takpe... nanti umie back-dated @ belated birthday celebration buat Chiku ok...



Sempena ulang tahun Chiku, Kakak buatkan Chiku 'party hat' untuk Chiku pakai dan bergambar pada ulang tahun yang ke-2 ini. Malangnya Chiku tidak berapa gembira. Chiku ambil gambar seolah-olah dalam keadaan terpaksa - muka yang tidak ceria. Malah Chiku marah sangat pada umie hehehehehehehehe

Setelah penat Chiku 'bergaduh' dengan umie sebab Chiku tak suka dan marah umie ambil gambar dia, Chiku pun terus terlentuk... tidur sambil mengepit 'party hat' yang kakak buatkan - 'party hat' yang tidak ada 'party' untuk raikan birthday Chiku seperti tahun lalu... Nantilah Chiku ya... belated Ok...

29 April 2009

Hadiah dari MyResipi ~ belated ~

Hadiah yang dihajati kini telah dimiliki
Sis-Lin cantik merahnya pipi
Suka tersenyum ceria selalu
Hadiah dapat dari My Resipi
Buat hari jadi awal bulan lalu

Kad khas dari Kelab Sosial My Resipi (KSMR)

Bulan April dah nak sampai ke penghujung... Ya Allah... cepatnya masa berlalu... Usia umie juga bertambah setahun lagi dan mungkinkah tahun hadapat akan dapat menyambut ulang tahun kelahiran seperti tahun ini? Semoga Allah melanjutkan usia agar umie dapat terus mengumpul saham sebelum bertemu dengan-NYA :) Insya'allah...

Sebenarnya n3 ini sekadar untuk membuat 'tayangan amal' tentang hadiah yang umie dapat dari Kelab Sosial My Resipi. Hadiah ini sudah disediakan semasa ulang tahun umie awal April yang lalu tetapi umie minta supaya ianya dihantar 'by-hand'. Oleh sebab nak 'by-hand' maka kenalah tunggu sampai berjumpa dengan si Lily pada hari 'main-main dengan icing BC' baru ni.

Terima kasih di atas hadiah yang memang umie inginkan... sebenarnya untuk hadiah hari jadi, boleh buat permintaan apa yang dihajati... umie minta alatan untuk sugar paste atau fondant. Apa yang dihajati telah umie dapat dari KSMR kali ini. Tahun depan bolehlah minta lagi ya Lily ;)




28 April 2009

blended ice ~durian~


Anak k.nor pandai terdidik
Orang tua tak lupa disalam
Blended ice kegemaran adik
Ais blendkan di waktu malam


Durian merupakan kegemaran si Adik. Kali ini si Kakak tolong buatkan ice blended untuk adik. Durian ice blended diminum di waktu malam sebab tak sabar sangat bila nampak durian hehehehehehe :D

Nak buat senang je...

Bahan

3 ulas isi durian - ikut ketebalan durian (nak pekat letaklah banyak)
Gula ikut suka manis (kalau durian kurang manis)
Ice secukupnya (ikut kapasiti blender yang digunakan)

Cara

1. Masukkan semua bahan dalam blender.
2. Blend lah sehingga halus
3. Tuang dalam gelas yang disukai

27 April 2009

Ahli keluarga baru ~ MAHZUZ ~

Mahzuz setelah dimandikan

Kak ina balik terburu-buru
Lawat anak di asrama puteri
Ini ahli keluarga yang baru
MAHZUZ nama yang kami beri

Ini merupakan ahli baru keluarga kami. Kucing ini kami jumpa semasa dalama perjalanan untuk membeli makanan bagi kucing-kucing di rumah. Anak umie, si kakak kesian bila melihatkan 'rupa' nya yang herot. Keadaan yang comot dan kotor - berpenyakit kulit dan perutnya yang buncit. Kakak ingin sangat membawanya pulang tapi umie rasa keberatan kerana di rumah sudah ada beberapa ekor.

Banyak perkara yang harus umie ambil kira jika anak kuing itu dibawa pulang. Masalah utama bila kami tiada di rumah - pulang kampung atau bercuti di luar. Hati menjadi berat sangat untuk meninggalkan kucing-kucing dibawa jagaan orang lain... Namun setelah melihatkan keadaannya, akhirnya dia dibawa pulang ke rumah.

Anak kucing ini diberikan nama MAHZUZ yang bermaksud 'bertuah' (lelaki) dan juga mengambil sempena perkataan LUCKY seperti nama kucing yang pernah kami ambil tetapi telah meninggal dunia:(

Mahzuz diam saja semasa dimandikan

Sampai di rumah, kakak terus masak air untuk mandikan si kucing. Anak kucing itu dimandikan supaya kotorannya dapat dibersihkan (kalau tak umie tak mau pegang hehehehehehe). Dia diam saja bila dimandikan. Setelah mandi dan dilapkan badannya, dia diberikan makanan dalam tin kerana keadaan mulutnya mungkin tidak sesuai untuk diberikan makanan kering.

Mahzuz dilapkan - lihatlah mulutnya yang 'herot' itu

Esoknya kami bawa Mahzuz pergi berjumpa doktor haiwan di Klinik Haiwan Mesra (biasanya kami bawa kucing kami ke Klinik Doctor Pet) kerana klinik mesra baru berpindah tempat dan kami mahu tahu kedudukan klinik barunya. Mahzuz telah diberikan rawatan dan diperiksa oleh doktor haiwan dan daripada pemeriksaan yang dibuat, ternyata mulutnya yang 'herot' itu bukan dari kelahiran tetapi disebabkan kecederaan yang dialami olehnya.

Menurut doktor haiwan, rahang Mahzuz telah terpatah dua yang menyebabkan ianya jatuh tetapi kini telah 'mengeras' dan tidak dapat dipulihkan kerana kecederaan itu dikira telah berlaku sebulan yang lalu (sebelum dia kami temui). Menurut doktor, berdasarkan pemeriksaan giginya, umur Mahzuz baru sahaja 2 bulan dan kejadian yang menimpanya semasa dia berusia sekitar satu bulan! Kesian kan... bayangkan kesakitan yang dialaminya pada waktu itu...

Doktor haiwan itu juga memberitahu kami bahawa 'perut buncit' Mahzuz bukan disebabkan cacing tetapi kerana ususnya telah 'terborai' di dalam perutnya dan hanya ditampung oleh kulit perutnya... kalau dipegang memang akan terasa 'urat usus' Mahzuz... keadaan itu juga mungkin disebabkan kecederaan yang dialaminya... mungkin ada orang telah memukulnya dengan benda berat atau dia telah disepak oleh seseorang tanpa menyedari perbuatan itu telah mencederakan seekor anak kucing...

Mahzuz telah diberikan suntikan vaksin dan ubat cacing pada hari itu. Dalam masa sebulan selepas suntikan pertama Mahzuz akan dibawa untuk suntikan kedua. Cuma keadaan ususnya belum boleh dilakukan apa-apa sehingga dia berusia lebih 6 bulan. Mahzuz akan dibedah untuk 'membaiki' ususnya... Insyaallah semasa umurnya 6 bulan dia akan dihantar untuk menjalani pembedahan...

* umie JANJI TIDAK MAHU ambil kucing lagi TETAPI ternyata umie TIDAK BERJAYA...

26 April 2009

Main-main icing BC ~Bersama kawan-kawan MyResipi~

hasil main-main dengan icing

Kak intan tekun semasa belajar
kakyu dan rabiatun sama beria
Sama-sama belajar-mengajar
Main icing sambil bergelak ria


Hari ahad, 26 April merupakan hari yang ditunggu-tunggu sebab beberapa orang kawan-kawan MR akan berkumpul dan bermain-main dengan icing :)

Seperti yang telah dirancang, maka sampailah lily, kakyu, kak intan, bee, rabiatun, ham, kak ina, niza bersama seorang kawan dan noorana di rumah umie :))

Kami bergelak ketawa terlebih dahulu (itu merupakan hal yang biasa bila ahli-ahli MyR berkumpul) dan selepas itu barulah kami mulakan acara dengan makan tengahari terlebih dahulu. Pada masa tengah sibuk tu lah, gas kehabisan! Nak telefon minta hantar sudah pasti akan ambil masa sebab hari ahad kedai tak banyak yang buka. Nasib baiklah boleh guna dapur elektrik (guna masa kecemasan bila gas tak ada dan dengan syarat elektrik ada ler...)

Selepas menjamu selera dengan hidangan yang sederhana (kari ayam, sayur kobis goreng geragau, sambal belacan dan ikan kering - ditambah pula dengan ayam masak merah dan sambal tempeh yang dibawa oleh ham dan niza) kami pun memulakan aktiviti yang dirancang ;)

Dengan tekunnya kami duduk bersila untuk melihat cara melepa kek dengan icing BC oleh lily, kemudian umie pulak tunjuk cara nak 'menyikat' cream tu dan barulah dimulakan acara membuat 'rose' yang pada mulanya amat 'menggeramkan' sebab tak menjadi. Setelah Bee selesai solat dan melayan nuha (kesian nuha terjatuh dari sofa semasa sedang menyusu) barulah Bee dapat tunjukkan teknik membuat rose - memang cekaplah Bee...

cara untuk meletakkan rose yang telag dibuat ke atas kek
Masing-masing bergilir-gilir mencuba menghasilkan rose... rupa2nya kena pusing cepat-cepat barulah hasilnya akan lebih cantik... nampak gaya kena buat hari-hari barulah akan mendapatkan kemahiran memusing dan membentuk kelopak rose tu ;)

Hampir pukul 6.00 petang semuanya selesai dan berpuas-hati dengan aktiviti yang dijalankan... Alhamdulillah kami saling berkongsi ilmu secara percuma dan terima kasih kepada Bee sebab berikan tunjuk ajar kepada kami. Maklumlah Bee pergi kelas dan kami ni menumpang kepandaian yang Bee dapat dari kelas yang bee hadiri secara free hehehehehehe :D


* Kami bercadang untuk berkumpul lagi tapi kali ini untuk sama-sama belajar untuk membuat fondant :) ermmmmm bila lah pulak masa tu ya.... dan sesiapa yang berminat bolehlah sama-sama meriahkan 'majlis ilmu' kami nanti... Insyaallah...

Hanya kami sahaja yang kekal sehingga selesai sebab beberapa yang lain terpaksa pulang awal kerana ada urusan ( muka kami berminyak-minyak macam icing kat atas kek tu hehehehehehe )

16 April 2009

Spicy Tuna Sushi


CT sediakan sarapan pagi
Goreng mee kicap berlada
Umie tayangkan sushi lagi
Makanan kesukaan anakda
Kebetulan dah upload gambar sushi yang menjadi kegemaran anak-anak umie jadi bolehlah dijadikan n3 hari ini ;)
Sushi ini macam biasa saja cuma fillings diberikan tuna yang dicampur dengan sedikit serbuk cili dan mayo ;)
Bagi yang suka makanan yang simple, sushi memang amat sesuai kerana mudah disediakan dan juga sesuai untuk mereka yang nak menjaga badan (sebab tu jarang jumpa orang Jepun yang gemuk kan....)
* Resepi untuk sushi lihat pada n3 sebelum ini :)

15 April 2009

GIFT & TAG dari Amer @ ALIEN IJO

Kak Intan sehat sebab suka joging
Sambil joging lihat barang di pamer
Award dan Tag dah adat blogging
Yang ini baru dapat daripada Amer

Seperti yang telah maklum, umie memang lama tak aktif bertenet - secara tak langsung tak aktif juga mengupdate n3 di sini... Semalam dapat satu Award/Gift dan TAG daripada Amer @ Alien Ijo.

Bila ada TAG - maka adalah tugasan yanag perlu dibuat... Ini yang disebut oleh Amer untuk mereka yang diTAG :

" Dan gift dari saya yang folow blog ijo saya dan ada syaratnya, ini syaratnya: Letak award ni di blog anda. Berikan 5 sebab kenapa anda memilih blog ini. Tulis sebarang komen pasal penghantar ini.."

* Syarat pertama kak e dah buat tau Amer :P ~ dah letak kat n3 hari ni :p

* Lima sebab kenapa pilih blog ini : ~

i. kak e antara yang awal follow blog Amer sebab suka citer-citer di n3 amer yang santai.
ii. kak e minat warna hijau
iii. kak e teringin nak tengok alien yang betul-betul ~ tak dapat tengok yang betul, dapat tengok yang ijo pun jadilah hehehehehehe :D
iv. kak e suka dengar lagu-lagu kat blog Amer
v. kak e senang dengan blog Amer yang ceria
* Amer cool - walaupun tak pernah bersua tapi kak e dapat rasakan kemesraannya :)


~ So selesailah tugasan kak e ni ya Amer ;)