2 February 2008

Mee siam kuah


Cerdik sungguh anak si sang kancil
Beruang yang duduk diarahkan berdiri
Mee siam kuah kegemaran sejak kecil
Sedihnya bila nak makan kena buat sendiri
Ikutkan umie buat je tanpa ada resepi yang tepat tapi kerana di MR ada so sapa-sapa nak try boleh ambil resipi dari sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/3280
Bahan mee siam
500gm mee hoon (direndam bersama air sejuk)
sedikit daun kucai
bahan² untuk menggoreng mee:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
25 tangkai lada kering (direndam)
3 sudu besar udang kering (direndam)
sedikit garam dan gula
Cara
1) kisar kesemua bahan tadi...
2) panaskan kuali dan masukkan minyak anggaran setengah cawa
3) bila dah panas masukkan bahan² yg telah dikisar tadi.
4) bila dah naik minyak, masukkan mee hoon dan digaul rata kemudian dimasukkan daun kecai, garam dan gula secukup rasa.
Bahan Kuah
20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar
2 sudu udang kering (direndam) = dikisar
1 1/2 biji bawang besar = dikisar
2 biji bawang putih = dikisar
segenggam asam jawa
2 senduk gula dan garam secikip rasa
1 1/2 liter air
6 sudu kacang tanah = dikisar
1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)
Cara

1. tumiskan kesemua bahan² yang dikisar tadi
2. bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...
3. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam² manis
hiasan
daun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)

No comments: