14 May 2009

Bertemu blogger@KakChik di KB

Di kedai pakaian tempat kakchik langganan


Di pasar malam beli ayam percik
Tidak lupa juga beli pau inti kaya
Di Kota Bahru berjumpa KakChik
Seorang lagi teman di alam maya


Bersama kakchik di rumahnya


Pada hari yang dirancang, umie telah pergi ke Kota Bahru. Sebelum itu, umie telah meninggalkan pesan kepada kakchik (seorang blogger yang menetap di sana) dengan harapan kami dapat berjumpa. Umie suka berjumpa dengan akawan-kawan di alam maya kerana persahabatan yang terjalin sudah pasti dapat dieratkan dengan pertemuan dan kenyataan...

Umie tiba agak awal kerana naik pesawat kedua dari KLIA. Sampai umie terus check-in dan sebentar selepas itu kakchik call. Kakchik mempelawa umie untuk makan siang di rumahnya. Kakchik jemput umie di hotel dan terus ke Pasar Siti Khadijah sebab umie nak beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. (gambar2 semasa di Pasar Siti Khadijah bolehlah lihat di blog kakchik )

Selepas itu kakchik bawa umie pulang ke rumahnya. Seronok melihatkan kakchik dan adik-beradik serta anak-saudara kakchik yang semuanya begitu comel. Umi kakchik masak sedap! Lupalah pulak nak amek gambar masakan yang dihidangkan sebab sedap sangat sampai lupa semuanya hehehehe. Terima kasih kepada umi kakchik yang susah-susah masak...
Bergambar di pekarangan rumah Tuan Guru Nik Aziz

Selepas makan, berehat dah solat zohor, kakchik hantar umie dan barang yang umie beli dari pasar tadi ke hotel. Sebelum itu, kakchik bawa umie ke rumah Tuan Guru Nik Aziz yang tidak jauh dari rumah kakchik. Umie betul2 kagum dengan kesederhanaan Tuan Guru sebab walaupun beliau merupakan seorang ahli politik terkemuka di negara kita, kediaman beliau begitu sederhana...

Setelah meletakkan barang yang dibeli di bilik hotel, kami keluar lagi dan pergi ke kedai pakaian yang menjadi langganan kakchik. Sempatlah umie mencuba beberapa helai baju di kedai itu tetapi umie tidak membeli. Kakchik beli sepasang baju - cantik! Umie suka warna hitam dan ikutkan model pakaian yang kakchik beli juga menarik...

Kami menghabiskan masa bersama sehingga lebih kurang pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada kakchik kerana sudi menemani dan meluangkan masa bersama umie... Semoga persahabatan dan persaudaraan ini akan terus terjalin dan kemesraannya berkekalan... Terima kasih, daun keladi...

p/s: n3 ni lambat dipost sebab gambar baru je diupload ;)

Menayangkan baju yang kakchik beli - ada dua warna

12 May 2009

Cerita tentang Itni

Bubble tak kisah berat naik
Bab makan terus berselera
Itni kucing umie yang baik
hati sedih menjadi gembira

Itni dan Envy tidur berpelukan (tidur di atas katil bersama tuannya)

Itni antara kucing-kucing yang umie ada. Kehadirannya di rumah umie juga dengan tiba-tiba... tanpa disedari dia sudah ada di dalam rumah. Dihalau keluar pun dia tidak mahu ke mana-mana. Pada awalnya kami beranggapan Itni tersesat rumah kerana dia tidak kelihatan seperti kucing jalanan, badannya bersih dan cantik... Malah kami sempat selak bulu badannya kalau ada kutu tetapi tak jumpa se-ekor pun waktu itu... Akhirnya kami terima dia untuk menjadi ahli keluarga kami.

Jadilah itni kucing kedua yang kami ada selain Chiku (pada waktu itu). Beza antara Chiku dan Itni lebih kurang sebulan sahaja... Itni, dari awal lagi dia memang baik, pendiam dan pembersih. Itni tidak banyak masalah. Malah umie rasakan dia di antara kucing umie yang paling 'sempurna' kerana dia tidak banyak buat hal. Sakit pun cuma sekadar demam biasa je, bila diberikan ubat dia cepat kemabli pulih...

Satu hal lagi yang buat umie sayang pada Itni ialah kerana dia amat pandai mengambil hati. Sebagai manusia biasa umie tidak terlepas daripada perasaan marah dan geram dengan anak-anak dan juga hal-hal yang menganggu... Minggu lalu, umie terlalu marah dan kecewa dengan beberapa hal dan juga anak-anak... Bila umie melangkah sahaja masuk ke dalam rumah, dengan keadaan yang masih marah dan kecewa, Itni terus datang pada umie, dia tidak merengek untuk minta makan tetapi dia seolah-olah memujuk umie dengan menggesel-geselkan badannya... Itni tidak akan berbuat begitu pada masa-masa biasa (waktu umie tidak marah) sebab itu umie merasakan seolah-olah Itni cuba menyejukkan perasaan panas umie pada waktu-waktu umie dalam keadaan marah dan tertekan...

Apabila Itni terus menggesel-gesel dan menggosak-gosakkan kepalanya di kaki umie, umie menjadi 'sejuk' dan dia pun terus berguling-guling membuatkan umie jadi hilang marah melihatkan telatah manjanya hehehehehe Pandai sungguh Itni ambil hati umie... Dia seolah-olah tahu setiap kali umie dalam keadaan marah atau kecewa... Pasti dia akan datang untuk 'memujkuk' dan itu akan membuatkan hati umie kembali tenang dengan telatahnya...

Kalau diperhatikan, kucing juga seperti manusia, ada macam-macam perangai dan ragam... Bukan anak-anak umie sahaja mempunyai perangai yang berbeza tetapi anak-anak kucing umie juga... Ada yang suka buat umie marah dan ada juga yang pandai mengambil hati sehingga menghilangkan perasaan marah dan segala yang berbuku di dada :P

Begitulah sedikit cerita tentang Itni :)


11 May 2009

ice-blended ~ jus oren ~


Ummi masak pajeri nenas
Si Aymy pula masak laksa
Sekarang ini musin panas
Minum ais sedapnya rasa
Sekarang ni musiam panas, tekak terasa haus je... kalau tak minum ice rasa macam tak puas sedangkan itu bukanlah amalan yang sihat ;) Di rumah ini, sejak dah ada SMART LADY (blender) selalu jugalah buat ice-blended - kalau lama2 blend jadi halus macam Slurpy kat 7E tu jadi tak adalah alasan bila si anak minta belikan Slurpy :P
Bila buat sendiri di rumah, macam2 rasa boleh buat - yang atas tu buat dengan jus oren je - kalau nak buat, ambil sedikit apa-apa jus oren yang ada dengan gula secukup rasa dan blend dengan air batu sampai halus - dah siap!

10 May 2009

Hadiah Hari Ibu :)


Inahar masak kerabu pegaga
Kerabu sedap halus dimayang

Pemberian ini amat berharga

Hadiah dari orang tersayang


kad dari ADIK


Alhamdulillah... hand bag dan hand-made cards dapat dari insan yang tersayang dalam hidup umie :) Memang tiap tahun pasti ada sahaja hadiah dan kad dari mereka semua. Bangun pagi - masuk dapur tengok2 dah disusun kat atas cabinet ni... Seronok jugalah dapat hadiah ni semua :) THANKS DARLING!



Ikutkan umie jenis tak tukar-tukar hand bag - guna satu2 sampai tak boleh guna lagi baru tukar yang lain padahal bukannya tak ada hehehehehe Hand bag umie yang dah bertahun-tahun umie kepit, terpaksa diganti sebab si Baby, lepas je umie ambil hadiah dan kad2 danbawa ke bilik, dia pun terus memindahkan semua isi dari hand bag umie ke dalam hand bag baru ni...



Ini kad dari baby... sebenarnya dah berapa kali dia buat kad tapi ada je yang tak kena di hati dia - buat yang lain pulak hehehehehehe (umie intai2 je...)


kad dari Baby lagi

Selamat Hari Ibu

kad dari kak ina kl
Encik Mat belikan Cik CT air tebu
CT Delima minumnya penuh selera
Hari ini sambutan khas untuk ibu
Semoga semua ibu terus sejahtera
Sempena sambutan HARI IBU SEDUNIA, umie turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu dan bakal ibu :) Semoga kita para ibu dan yang bakal menjadi ibu akan dapat menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak kita (tak kiralah anak kandung atau bukan dan termasuk juga haiwan peliharaan) kerana setelah kita berperanan sebagai 'ibu' maka kita bertanggungjawab ke atas mereka :)
Semoga hari ibu ini, kasih sayang kita sebagai anak terhadap ibu semakin bertambah kerana hari ini khas 'diwujudkan' untuk memberikan 'ingatan khas' kepada insan yang melahirkan atau yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang (ada ibu yang tidak melahirkan kita tetapi membesarkan kita). Sekiranya kita sebagai anak mempunyai kenangan yang 'kurang indah' terhadap ibu kita, anggaplah ianya sebagai suatu pengalaman untuk mendewasakan kita dan memberi pengajaran kepada kita agar menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anak kita ;)
kedua-dua kad di atas ini dari linda


Selain itu, hari ibu juga merupakan hari istimewa selain hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan kerana pada hari ibu, pasti banyak hadiah dan ucapan yang diberikan oleh anak-anak dan juga rakan taulan... umie juga dapat hadiah saban tahun dari suami dan anak-anak... alhamdulillah kerana dikurniakan anak-anak dan suami yang mengasihi dan menyayangi... Semoga umie akan menjadi ibu yang terpahat kukuh di hati kalian...



* Terima kasih kepada semua teman-teman alam maya yang memberikan ucapan kepada umie sempena hari ibu... terima kasih juga di atas kad-kad yang diberikan :)






9 May 2009

Potatao base pizza


Ika berjogging dihari petang
Jadikan badan sihat sentiasa
pizza dasarnya dari kentang
Terasa sedapnya dari biasa


Pizza ni dibuat ikut salah satu resepi dalam buku oleh Wendy Lee. Ada macam-macam jenis pizza dengan cara step-by-step yang ditunjukkan. Memangdangkan anak-anak suka makanan yang ringkas seperti ini, maka dibuatlah untuk hidangan bersama :)

Rasa base pizza ni memang lain dari yang biasa dibuat. Anak-anak suka sangat :D Malah yang tak berapa suka pizza pun jadi suka dan makan lebih banyak dari biasa :p Sesiapa yang suka makan pizza bolehlah mencubanya :)

* umie guna instant potato powder (untuk buat mashed potato tu je)


Sesiapa yang berminat bolehlah save picture di atas ni dan kemudian print untuk dapatkan resipinya ya... umie yang berpenyakit M ni rasa tak bermaya nak salin semula :S

8 May 2009

Choc Muesli Bars




Telefon CMG dah pukul lapan
Nak tanya jika dia telah sihat
Muesli bars dijadikan sarapan
Sedap dimakan penuh khasiat


Dah siap bakar - nak letak cokelat masak di atasnya

Muesli bars ni salah satu kesukaan umie dan anak-anak pula tak berapa suka makan muesli walaupun dicampur dengan pelbagai kekacang dan buahan kering... Namun yang peliknya, bila dijadikan 'bars' dan diletakkan cokelat di atas muesli tu, bukan main suka lagi mereka makan... Malah nak dijadikan bekal ke sekolah :)

Resepi umie ambil di sini tetapi telahpun dimodified mengikut bahan-bahan yang ada dan juga di-topping dengan cokelat guna cooking choc je :)

Topping dengan choc sebab anak-anak akan lebih suka

7 May 2009

Cucur @ Cucoq

CT cuba buat donut isi kentang
Buat hidangan suami dan anak
Cucur bawang hidangan petang
Dengan sos cili bertambah enak

Cucur bawang/udang ni dah lama menjadi baja hehehehehehe (baru ni dapat nak letak n3). Ada macam2 resepi dan biasanya bila buat cucur bawang atau udang umie dah tak pakai sukat-sukat lagi. Pakai agak-agak je... Di bawah ini umie letak resipi dari DELILA yang penah umie cuba sebelum ini.

Bahan:

500 gram tepung gandum
20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
1 biji telur
1 biji cili merah (hiris halus)
2 biji bawang merah (racik halus)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
Sedikit kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara:


1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.

2. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak.

3. Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.

6 May 2009

Choc-cake with ice-cream


Sislin masak petai sambal udang
Maria di KK pula memasak lokan
Bersama ais-krim kek dihidang
Untuk anak-anak umie buatkan

Kek Cokelat yang biasa dibuat menjadi hidangan bersama ice-cream. Sebenarnya kek seperti ini banyak dijual di restoren-restoren sebagai dessert. KFC juga ada hidangan seperti ini yang harganya RM4.90 untuk satu. Bayangkan kalau untuk 5 orang seisi keluarga, dah berapa duit yang perlu dikeluarkan untuk membelinya (kedekut eekkkkk hehehehehe). Masalahnya bukan kedekut tetapi kalau buat sendiri akan lebih 'puas' dimakan sebab boleh nak ulang makan selagi belum habis :p
Ternyata anak-anak juga berpuashati dengan apa yang telah disediakan... lebih kurang je dengan yang dibeli di luar sana :D Jadinya, sesiapa yang nak cuba bolehlah buat sendiri untuk dijadikan hidangan keluarga di waktu petang atau sebagai pencuci mulut selepas hidangan makan :)
Bahan:
1. Kek cojkelat (ikutlah resepi mana tapi umie guna Moist Choc)
2. Ais-krim vanila secukupnya (boleh je nak guna perasa lain yang disuka)
3. Choc sauce untuk tambahan rasa dan hiasannya
Cara:
1. Potong kek segi empat atau boleh dalam bentuk bulat atau kalau rajin bakar dalam bekas kecil2.
2. Letak satu senduk ais-krim
3. Hias dengan sos cokelat




5 May 2009

~ New Look ~

Tinggal kenangan - rupa dan tajuk blog umi-e yang awal

Kami jumpa lagi dengan kak ina
Buat janji bukannya pakai terjah
Tajuk lama rasanya dah tak kena
Maka blog umi-e bertukar wajah


Blog umie pada awalnya wujud kerana menyambut seruan kawan-kawan khususnya di MyR untuk berkongsi resipi. Maka tajuk blog ini berkaitan dengan masakan. Namun kebelakangan ini umie sudah kurang aktif ke dapur, maka rasanya tajuk utama blog ini sebagai 'blog makanan' sudah tidak sesuai lagi... Maka kini ditukar kepada tajuk yang lebih umum sifatnya ;)

Semalam cuba ubah wajah blog ini tapi tak berapa menjadi kerana umie bukannya pandai nak tukar-tukar sebab wujudnya blog ini pun kerana bantuan anak-anak. Bila saja ditukar templete lama kepada yang baru ini (warna hijau dikekalkan sebab itu warna kesukaan umie) tiba-tiba hilang semua yang ada kecuali n3 yang sedia ada je...

Tajuk blog juga tidak berada di tempatnya, maka si Baby @ Bubble @ Adlin telah cuba membuat sesuatu kepadanya... Bagaimanapun masih belum berpuashati dan Baby tak sempat nak baiki lagi kerana dia kena pergi tuition dan balik pun dah lewat. Nanti-nantilah ditukar lagi... susah juga kalau buta IT ni ya... :-S

Wajah baru blog umi-e kini