14 April 2009

Pulut kuning


CMG memilih ceramic sampai pening
Tapi tidaklah beli yang bukan-bukan
Kawan minta dibuatkan pulut kuning
Untuk satu majlis yang dia anjurkan

Seorang kawan meminta umie buatkan pulut kuning untuk suatu majlis yang dianjurkan. Katanya pulut kuning itu sebagai 'hiasan' di meja utama. Ikutkan umie nak buat yang besar tetapi kawan umie kata mereka sudah ada makanan lain yang akan dihidangkan. Maka umie buatlah untuk sekilo beras pulut sahaja.

Malangnya kawan umie kata dia sendiri tidak dapat merasa pulut kuning dan ayam yang umie buatkan kerana telah habis dimakan... Sedih juga umie dengarkan... tapi apakan daya, pada hari tersebut umie telah berangkat ke Kuching. Pulut itu umie buat selepas solat subuh sebelum umie berangkat ke KLIA.

Nampaknya kena tunggu beberapa bulan lagilah untuk merasa pulut kuning - sehingga 'mood' umie untuk memasak pulih kembali... hehehehehehehe :p

* resepi pulut kuning ini telah umie letakkan dalam n3 sebelum ini. Cuma nak beritahu sedikit, hiasan pada pulut itu umie gunakan 'mashed potato' dan di pipingkan ke atas pulut ;)

12 April 2009

Ayam kerisik


Kasawari dan Linda jalan beriringan
Jumpa Sis Lin semasa waktu makan
Masakan ayam ini jadikan hidangan
Untuk teman yang minta dibuatkan

Masakan ayam kerisik ini lebh kurang seperti rendang (boleh lihat resipi rendang ayam di sini) cuma umie tidak gunakan santan melainkan letak lebih 3x banyak kerisik daripada rendang biasa. Hasilnya rendang ini agak pekat dan juga disukai oleh anak-anak umie.

Kebetulan pula ada kawan yang minta umie buatkan masakan ayam dan pulut kuning. Nanti umie letak n3 pulut kuningnya pulak ok. ermmmm memang dah lama umie tak memasak... maka bila sekali sekala masuk dapur memang menyeronokan ;)

11 April 2009

Chiku ~ Sleeping

Chiku kalau tidur pasti lidah akan terjelir hehehehehe

Amer bercuti pergi ke Bidur
Bawa bekal sebungkus tumpi
Lidahnya terjelir semasa tidur
Mungkin dia sedang bermimpi


N3 kali ini umie nak cerita tentang Chiku, kucing kesayangan kakak (khususnya sebab ini awalnya milik kakak - setiap orang ada kucing sendiri). Chiku kalau tidur, pasti lidahnya akan terjelir, ada masa tu umie tarik lidah dia hehehehehehe sebab geram!

Chiku paling tak suka kalau umie ada dekat dengan dia sebab umie pasti akan ganggu dia tidur ataupun semasa dia berehat. Malam hari Chiku tidur sebilik dengan kakak, tidur di katil satu lagi sebab kalau tidur dengan kakak, Chiku rasa tak selamat - takut kena hempat dengan kakak yang berat hehehehehe

Itu gambar Chiku masa tidur di siang hari... siang malam tidur je... kadang-kadang seronok juga tengok kehidupan kucing-kucing ni kan...


9 April 2009

Tuna shusi with wasabe

Kaknor ke pasar membeli lokan
Lokan dihidangkan bersama nasi
Dah lama tak letak n3 masakan
Hari ini nak buat tayangan suhsi
Memang dah lama umie tak meletakkan n3 berkaitan dengan masakan. Sebenarnya sekarang ini memang umie jarang memasak. Ada sebab-sebab tertentu mengapa jadi begitu... Shusi merupakan makanan kegemaran anak-anak dan shusi ni agak pedas sebab si kakak letak banyak wasabe di dalamnya. Sesiapa yang tidak biasa sudah pasti akan berasap telinga memakannya hehehehehe (shuhi ni juga kakak bawa ke sekolah untuk kawan-kawannya)
Resipi shusi boleh dilihat pada n3 sebelumnya, bahan dan kaedahnya sama cuma inti saja yang berbeza dan bolehlah diletakkan apa-apa saja inti mengikut suka dan selera yang disukai :)

Simple cuppies


Nama Durian Belanda ialah Sirsak
Buah yang masak disebut matang
Lama sungguh umie tak memasak
Kek cawan dibuat bila mood datang



Memang dah lama kek e tak masuk dapur... baru-baru ni tiba-tiba mood datang untuk buat cuppies kerana bahan yang ada dah akan tamat tempohnya...

Resepi kekdan icing seperti yang pernah diletak dalam n3 sebelumnya. Buat suka-suka je, letak dalam bekas dan kasi pada kawan-kawan...

Baby pun bawa juga ke sekolah untuk diberikan kepada kawannya... Hari Khamis ni rasanya macam nak masuk dapur lagi sebab hujung minggu birthday adik dan anaknya. Rasa nak buatkan kek cokelat simple dan juga cuppies untuk mereka... Tapi dah plan nak gi Skudai... nampaknya hanya berikan kek sajalah untuk adik dan anak saudara umie tu... tak dapat nak meraikan ulang tahun mereka bersama...

8 April 2009

Masa untuk tidur :D

Chiku dan Envy terlena


Uncle Amy ke kelas dengan Bain
Singgah di koperasi beli lencana
Kucing-kucing ini penat bermain
Berehat seketika hingga terlena


Kehidupan umie dan anak-anak sekarang ini bertambah gembira dengan kehadiran kucing-kucing yang manja-manja. walaupun mereka bukanlah kucing cantik atau kucing yang mahal tetapi telatah mereka amat mengembirakan... Ada masa geram macam nak picit-picit je kucing-kucing tu semua - bukanlah geram marah tapi geram sebab terlalu sayang hehehehehehe camna tu ekkkk :p

Kelihatannya kucing-kucing umie tak ada masalah... masa makan mereka makan dan minta makan dan malah boleh pilih-pilih makanan - jika tidak suka mereka tidak makan maka umie kenalah carikan makanan yang mereka suka... ermmmm terllau manjakan sangat... sama macam anak-anak umie juga, beli atau masak mana yang mereka suka je...

Gambar di atas menunjukkan Chiku dan Envy sedang berehat selepas penat bermain... Dalam masa berehat mereka terlena... Seronok je tengokkan mereka ni... kadang umie kacau mereka tidur sebab geram hehehehehehe Chiku cukap marah kalau umie kacau dia dan ada masanya umie kena cakar dengan Chiku dan itu buatkan umie tambah geram :D dan akhirnya Chiku akan cepat-cepat lari dan beralih tempat :D

* mereka adalah sebahagian daripada kehidupan umie...



1 April 2009

A sad day :(

Hamtaro semasa dia baru saja kami bela

Masak lemak lodeh dan goreng hati
Hidangan disediakan untuk Kak Ham
Hari ini hari yang menyayatkan hati
Hamster peliharaan mungkin dibaham

Oreo bersama Chiku

Hari ini merupakan hari yang menyedihkan buat umie dan anak-anak kerana dua ekor hamsters kesayangan telah tiada dan mungkin telah dibaham oleh kucing liar :((

Bangun pagi kakak telah menjerit terperanjat dan cepat-cepat memberitahu umie bahawa dua-dua ekor hamsters telah tiada dan rumah mereka telah rosak dan berselerakan. Kami begitu panik dan terus mencari mereka berdua di bawah katil dan dalam seluruh bilik kakak... Namun bayangan mereka tidak kelihatan. Hati kami begitu sedih tetapi malangnya kami tidak dapat meneruskan pencarian kerana anak-anak harus ke sekolah dan umie juga perlu keluar dan menghantar mereka...

Untuk memastikan keadaan terkawal, kucing-kucing semua telah dikurung. Kasihan pula kepada kucing-kucing umie kerana mereka terpaksa berada dalam kurungan sedangkan tidak mungkin mereka yang melakukan penganiayaan terhadap kawan kecil mereka. Selama ini (sejak hamtaro kecil lagi) kucing-kucing umie telah mengenalinya dan begitu juga dengan orea @ beijo yang datang kemudian. Mereka tidak pernah menunjukkan sikap untuk menganiaya Hamtaro dan Orea @ Beijo...

Selama ini kucing-kucing umie begitu baik sekali dengan hamtaro dan oreo @ beijo dan mana mungkin baru sekarang mereka mahu menghapuskan kedua-dua kawan mereka itu... Kami mengsyaki kucing liar telah memasuki rumah kerana pintu sliding tidak ditutup dan kebetulan pula kakak lupa menutup pintu biliknya... Malang tidak berbau... Kakak pula tidak sedar suatu ancaman telah berlaku terhadap haiwan kesayangannya...

Sampai saat ini kami masih mengharap agar kedua-duanya selamat... hati umie menjadi sayu dan pilu apabila melihat makanan (kuaci yang telah siap ditanggalkan dari kulitnya) oleh hamtaro dan diletakkan di dalam rumah kecilnya :(( Bayangkan bagaimana hati tidak menjadi sayu apabila tingkah laku hamtaro yang suka menyimpan kuaci di dalam rumahnya terus terbayang dipandangan...

Harapan dan doa kami semoga Hamtaro dan Oreo @ Beijo selamat dan pulang ke pangkuan kami...

* PADA KESEMPATAN INI JUGA, KAK E MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH DI ATAS INGATAN TERHADAP HARI LAHIR KAK E HARI INI. UCAPAN DAN DOA DARI KAWAN-KAWAN... BERKAT DOA KAWAN-KAWAN SEMUA, SEMOGA KEHIDUPAN KAK E AKAN TERUS SEJAHTERA DAN JUGA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT... TERIMA KASIH :)

19 March 2009

~ Terus berfikir ~


Dapat hadiah sebuah cangkir
Cangkir dibeli di negeri Sabah
Diri umie masih terus berfikir
Blog yang ada hendak diubah


Sekarang ini umie memang dah jarang dapat meng-update n3 kerana keadaan yang tidak mengizinkan... Itu bukanlah merupakan masalah yang membuatkan umie berfikir... Perkara yang bermain di fikiran umie ---> tema utama blog ini ialah tentang masakan dan berkaitan dengan aktiviti di dapur khususnya. Memandangkan umie sudah lama 'menghentikan aktiviti memasak' dan n3 tentang masakan dan resipi juga sudah mulai berkurangan, maka umie memikirkan untuk menukar tema yang berkaitan dengan masakan kepada yang bersifat lebih umum...

Hati dan perasaan menjadi kurang selesa apabila n3 yang dipaparkan sudah tidak berkaitan dengan masakan atau makanan. Maka umie telah menyuarakan isi hati umie pada anak-anak umie (yang membantu membina blog ini sebab umie ni buta IT) akan apa yang sedang umie fikirkan... Ternyata bahawa anak-anak juga merasakan tema 'food blog' sudah tidak lagi relevan dengan apa yang umie paparkan... Kini umie sedang menunggu masa yang terluang untuk membuat sedikit perubahan...

Pada kesempatan ini, umie mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian teman-teman yang masih mahu menjenguk umie di sini...

* Esok hingga Ahad umie akan berada di Sungai Besar ;) yang bunyinya macam 'dekat' tetapi agak 'jauh' juga dari tempat umie :) ermmmmm macam mana nak sempat duduk bertenet ;) atau memasak di dapur...


13 March 2009

Chiku & his new friend (Oreo)


Kak Intan beli cawan baru
Harap set cawan terus kekal
Chiku mendapat kawan baru
Orea si hamster yang nakal



Sudah lama umie tak dapat mengupdate n3 di sini. Ikutkan banyak sungguh peristiwa yang berlaku... Nantilah bila ada masa umie akan ceritakan ya...

Untuk n3 yang terbengkalai ini (published tapi tak ada isinya), umie nak ceritakan sedikit kisah kawan baru Chiku, Orea si hamster. Sebenarnya Orea baru saja bersama kami seminggu yang lalu. Tujuan Orea dibawa ke sini oleh 'kembar sayang' umie dari Skudai, tidak lain adalah untuk menemankan Hamtaro si hamster yang kesepian kerana temannya telah mati dimakan oleh LUCKY.

*LUCKY telah tiada buat selamanya... nantilah umie ceritakan tentang kepergian LUCKY di dunia yang fana ini... :(



Chiku memang seekor kucing yang garang tetapi dia tidak membahayakan. Chiku jenis yang tidak ambil kisah atau peduli dengan kucing-kucing atau peliharaan yang lain seperti TOTIS si kura-kura. Chiku tidak marah atau cemburu, mungkin kerana Chiku tahu bahawa di tetapi menjadi kesayangan... Chiku pasti mendapat perhatian walaupun Chiku bukan jenis yang suka dimanja atau dibelai...

Lihatlah si Orea boleh berehat di atas kepala dan badan Chiku dengan tidak merasa takut dirinya akan dibaham oleh Chiku, seekor kucing :D

Dari paparan ini, harap kita sebagai insan yang berakal dapat mengambil pelajaran iaitu berkawanlah dengan siapa sahaja dan janganlah cuba menganiaya sesama manusia... (ehhhh apalak yang umie merepek ni.... hehehehehehehe)


8 March 2009

My Resipi ~ mini gathering lagi ~

gambar dari k.cik

Bee tertinggal bag sebab terlupa
Mungkin penat buat kek cawan
Di KLCC tempat kami berjumpa
Sambil meraikan hari jadi kawan

Pada tanggal 8 Mac, sekali lagi perjumpaan antara ahli MR diadakan. Kali ini dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun beberapa ahli MR yang menyambutnya pada bulan Mac. Pada perhimpunan kecil itu, mamazieza ( terkenal di RNet - umie ahli gak tapi ahli pasif ) dan k.cik datang dari jauh... Yang lainnya boleh dikatakan berada di sekitar Selangor dan Noorana dari Labu dan dialah yang menjemput umie untuk sama-sama berkumpul di KLCC.

Pada hari itu, ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran di bukan Mac ini ialah Lily, Bee dan Noorana... Walaupun hanya sebahagian kecil sahaja ahli MR yang hadir tetapi suasana begitu hangat dan ceria... gelak ketawa memang tak henti-henti... kakyu sebagai 'tukang karut' atau 'penglipur lara' MR tak pernah habis dengan modalnya... ada saja perkara yang membuatkan kami semua ketawa :D

Memang seronok bila berjumpa sambil makan-makan... boleh dikatakan ini merupakan acara keluarga yang santai tetapi penuh dengan khasiat - ketawa kan salah satu dari ubat ;)

* Terima kasih buat k.cik, kak ina dan bee atas ole-ole yang diberi :)