6 December 2008

Quiz ~ suka-suka~

How dangerous of a driver are you?

Created by The Car Connection


Ezad suka makan kuih seri muka

Beli kuih di pasar malam berduan

Kuiz ini dijawab untuk suka-suka
Hendak melihat tahap pemanduan



Nampak quiz ini di blog ezad, so nak cuba tengok macam mana tahap pemanduan umie :) heehehehe umie dapat score leboh 80% :p


Meh ler cuba ;)


4 December 2008

Anak kucing ~ Inginkan tuan dan perlindungan~


CMG gubah hantaran pertunangan
Ianya dibuat secara sambil-sambil
Anak kucing ini perlu perlindungan
Sesiapa yang baik hati silalah ambil



Anak-anak kucing ini merupakan anak-anak kucing yang baru berusia lebih kurang sebulan. Mereka bukan kucing milik umie tetapi kucing milik jiran yang perlukan perlindungan dan memiliki tuan yang budiman.

Anak-anak umie merengek-rengek minta diberi kebenaran untuk mengambil anak-anak kucing tersebut tetapi umie rasa keberatan kerana kucing-kucing umie yang ada juga sudah banyak bilangannya. Bukan masalah membela tetapi masalah memberikan belaian dan perhatian yang sempurna kepada mereka. Umie tidak mahu nanti bila terlalu banyak membela, umie tidak mempunyai cukup perhatian kepada mereka semua...

Satu perkara lagi yang menjadi masalah ialah ruang dan halaman yang terhad dan itulah perkara utama yang tidak mengizinkan umie memelihara lebih banyak lagi... Oleh itu dengan rasa berat hati umie terpaksa kuatkan hati untuk mengatakan 'TIDAK' kepada anak-anak umie yang ingin sangat membela anak-anak kucing ini.

Sebenarnya anak-anak umie sempat menjaga anak-anak kucing ini selama seminggu. Mereka begitu suka dan sayang pada kucing tetapi keadaan tidak mengizinkan... Anak-anak kucing ini juga telah diberikan rawatan cuma belum diberikan suntikan kerana masih belum cukup dua bulan atau belum cukup besar untuk suntikan tersebut.


Sekiranya ada sesiapa yang sudi untuk menajdi tuan kepada anak-anak kucing ini, sudi-sudilah ya... anak-anak kucing ini begitu manja dan comel sekali... Anak kucing yang berwarna kuning itu begitu istimewa kerana ekornya bergulung - cuba diluruskan tetapi akan kembali ke asalnya - bergulung lagi... Yang kuning jantan dan yang belang-belang pula betina...

Semoga adalah insan yang berhati mulia untuk menjadi tuan kepada anak-anak kucing yang comel dan manja ini...

3 December 2008

Biskut Dahlia ~ kegemaranku ~


Intan dan Lin pergi cuti bersama
Pergi berkelah di tempat terbuka
Biskut dahlia kategori kuih lama
Walaupun lama tetap umie suka


Biskut dahliah ini merupakan salah satu 'kuih hari raya' yang umie suka. Sempena Aidil Adha yang akan menjelang tidak lama lagi, umie letakkan n3 biskut dahlia kesukaan umie ;)

Bahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Bukan itu sahaja, untuk membuatnya juga tidaklah payah... tekan je gunakan acuan yang sesuai untuk jadikan bentuk bunga :p
Di bawah ini umie letakkan resepinya jika ada yang nak cuba ya :)

Bahan

225 gm tepung gandum
85 gm tepung kastard
50 gm tepung ubi
175 gm gula halus
250 gm marjerin / mentega
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah untuk hiasan (boleh tukar dengan manik-manik etc)
* tepung extra sekiranya terlembik
Cara

1. Ayak ketiga2 jenis tepung dan ketepikan dulu
2. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla hingga sebati.
5. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit (gunakan tangan lagi senang)
6. Setelah adunan lembut dan tidak melekat di mangkok adunan, bolehlah diterap menggunakan acuan kueh dahliah.
7. Bolehlah dihias dengan ceri merah yang telah dipotong kecil2 (boleh beli yang dah siap)
* Jika adunan agak lembik (masih melekat di tangan dan di tepi mangkok adunan, bolehlah tambah dengan sedikit tepung gandum tapi letak sikit dahulu)

2 December 2008

Main-main ~ kek cawan kertas ~

Anak si G bulu matanya lentik
Siapa pandang tentu perasan
Kek cawan cuba dihias cantik
Bagi mengelak perasaan bosan



Hari ini, pagi-pagi lagi umie dah bermain dengan icing :) Kek cawan yang tersimpan di dalam fridge telah dihias dengan tujuan untuk menghabiskan butter icing yang masih tersisa ;)

Kek cawan ini telah umie bawa ke rumah kakak angkat umie sebagai buah tangan... Sebenarnya tak rancangpun untuk menziarahi dia. Tiba-tiba seorang kawan ajak umie ke rumahnya, so umie pun pergilah... Nasib baik juga ada kek cawan yang tak seberapa ini untuk dibawa bersama :D

29 November 2008

Birthday Party Baby


Noorana cuba memasak nasi briani
Untuk hiasan diletakkan buah kismis

Sambutan ulang tahun buat hari ini

Ulang tahun sebenar di hari Khamis



Birthday Baby sebenar pada hari Khamis baru ni. Umie dah buatkan kek yang dia inginkan. Sebenarnya Baby minta dua jenis kek. So hari ini umie buatkan satu lagi kek untuk Baby iaitu kek Black Forest. Walaupun begitu, 'Black Forest' yang Baby minta tak menjadi seperti yang diinginkan kerana di rumah tak ada simpanan 'black berry' untuk isi dalam lapisan kek tersebut. Umie gantikan dengan strawberry sebab hanya itu saja yang ada dalam simpanan. Kesian Baby, umie buat tapi ada je yang umie tukar-tukarkan sebab black forest dah jadi red forest hehehehehehe


Antara 'door gift' yang disediakanan


Sambutan hari ini agak meriah juga dengan kehadiran sepupu-sepupu dari sebelah hb dan juga umie. Kesian juga pada Baby kerana kad undangan untuk sambutan ulang tahunnya telah diedarkan kepada kawan-kawannya pada hari akhir sekolah. Seperti yang hb umie kata, tak akan ada kawan-kawan Baby yang akan datang sebab sudah tentu mereka sedang bercuti atau pulang ke kampung... Walaupun begitu umie telah menyediakan 'goodies bag' dan juga 'door gift' serta hadiah-hadiah untuk permainan sebanyak 40 bungkus (itu pun risau kalau2 tak cukup tapi ternyata berlebihan...)


Antara goodies bag yang disediakan untuk kanak-kanak


Hari ini hanya 3 orang sahaja kawan-kawan Baby yang hadir, selainnya adalah sepupu-sepupu dan juga anak-anak kawan umie ;) Namun begitu sambutan ulang tahun hari ini tetap meriah kerana ada 7 permaianan untuk kanak-kanak dan 1 permainan untuk ibu-ibu :D Boleh dikatakan semua kanak-kanak pulang dengan membawa hadiah kerana jangkaan jumlah kanak-kanak yang hadir tidak seperti yang dijangkakan :-S


Antara hadiah-hadiah yang disediakan untuk permainan

Selesailah bab BIRTHDAY untuk tahun ini bagi keluarga umie kerana yang lain semuanya telahpun bertambah usia :) Semoga Baby bergembira dan berpuas hati dengan birthday tahun ini :)

28 November 2008

Birthday cake ~ Permintaan Baby ~


Hunny but jualan biskut susu
Biskut dibungkus berhati-hati
Kek ini permintaan si bungsu
Harap diri Baby berpuas hati

Semalam ulang tahun Baby, setiap tahun pasti ada saja idea dari baby untuk kek ulang tahunnya. Kali ini idea yang diberikan memang agak mencabar minda umie sebab Baby nak 'kek buku' yang di atas 'kek buku' itu berdiri sebuah istana... Puas juga umie fikir bagaimana nak membegakannya... Rasa-rasanya tak adalah susah sangat cuma memerlukan sedikit masa untuk membuatnya.


Pada hari rabu, umie buatkan kek bentuk 'hati @ love' untuk seorang kawan, umie bakar dua bekas. Mula-mula ingat nak buat 'dua hati bercantum' tetapi macam tak sesuailah pulak. So ada satu lagi kek extra. Memandangkan kek bentuk 'hati' tu ada maka umie pun tak jadilah buatkan kek 'buku' untuk baby. Maka permintaan untuk letakkan 'castle' di atas 'buku' telah diubah kepada di atas 'hati' hehehehehehe


hasilnya itulah dia... nasib baik ada benda untuk dibuat castle tersebut sebab sebenarnya umie plan lain... Base castle tu umie gunakan kek yang telah dibuat untuk makan petang. Tiang empat castle tu umie modified dengan menggunakan short bread cookies dan puncaknya pula umie gunakan cone untuk buat 'rose'. Pagar-pagar castlenya pula umie potong cone untuk ros tadi dan dibelah dua sebelum dilekatkan ditepi castle itu ;)


Di depan castle itu berdiri 'princess barbie' yang dibeli dari kedai Yummies (tinggal satu tu je...) dan baby memang dari awal dah plan nak letakkan 'princess' di castle tu... Akhirnya siap jugalah kek permintaan baby, cuma bukan di atas 'buku' seperti permintaan asal darinya...




Pandangan dari atas

27 November 2008

Happy 10th Birthday to Baby (Adlin) @ Bubble


Badrul gemar makan meehun
Lebih gemar kalau diletak telur
Hari ini birthday Baby 10 tahun
Semoga Allah panjangkan umur



Happy birthday to Baby (Adlin)

Hari ini Baby umie genap berusia 10 tahun (nanti kenalah tukar umur Baby kat dalam blog baby tu tau...) http://bubble-a.blogspot.com/

Lately ni umie memang bz sampaikan tak sempat nak update blog walaupun sebenarnya ada beberapa resipi yang ingin dikongsi...

Ini pun umie cuba juga update entri sempena ulang tahun Baby... Semoga Baby akan membesar menjadi anak yang soleha :)
We love you Baby!

*** Kepada kawan-kawan bloggers yang telah memberikan award dan tag umie ucapkan berbanyak terima kasih dan mohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk membuat tag dan menggantung award yang diberikan di 'dapur' umie yang dah mula bersawang ini kerana umie memang betul2 sibuk sekarang ini :-S

~ THANK YOU ~

22 November 2008

Small Gathering (MyResipi.com friends)

Dari kiri belakang: Lily bersama Zafirah, umie dan kak intan
Dari kiri depan: k.cik, noorana dan izah

Amer sendirian tak mahu diganggu
Luar biasa hingga kawan tertanya
Pertemuan diatur beberapa minggu
Kawan MyResipi bertemu akhirnya


Hari ini perancangan untuk bertemu dengan k.cik (kawan MR) yang turun dari Kemaman kesampaian juga. Ikutkan k.cik ada kursus esok tapi kursus yang akan diikuti oleh k.cik telah dibatalkan oleh pihak penganjur disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Sungguhpun begitu perancangan untuk bertemu dan pergi ke kedai ICCA (kedai yang menjual pelbagai perkakas baking di PJ) diteruskan juga kerana k.cik telahpun membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur. Umie dapat ikut serta kerana noorana dari Labu telah sudi menjemput umie di Bangi. Thanks ana... muuaahhhhhhhhhhh :-*

Semalam petang lily (ketua rombongan cik kiah ke ICCA) telah menghubungi umie dan memberitahu perancangan yang dibuat terpaksa dibatalkan kerana bondanya telah pulang kerahmatullah... Innalillahiwainnaillahirajiun... Al-fateha buat bonda lily... Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang dikasihi oleh Allah SWT...

Walaupun lily telah batalkan rancangan asal pertemuan kami, namun kami yang telah bersetuju untuk bertemu tetap akan teruskan perancangan yang telah diatur itu. Namun begitu destinasi kami telah berubah. Kami telah pergi ke Klang untuk menziarah lily dan keluarganya di sana. Inilah yang dikatakan, kita merancang tapi Allah yang tentukan...

Bagaimanapun, balik dari rumah keluarga lily, kami telah pergi ke kedai ICCA - pergi ke sana dengan jasa baik noorana kerana noorana telah sudi menjadi 'pemandu pelancong' untuk kami berempat (umie, izah, k.cik dan kak intan). Di ICCA umie tak beli apa-apa pun - sekadar mencuci mata saja ;)

Selepas mencuci mata, k.cik telah belanja kami makan di Secret Recipe :) Terima kasih daun keladi ya k.cik :D

Pertemuan yang singkat dan walaupun pertama kali bertemu dengan k.cik dan kak intan namun kemesraan yang terjalin begitu erat sekali dirasakan... Insyaallah bila-bila kita akan bertemu lagi...


21 November 2008

Takoyaki


Mat Gebu itu nama samaran
Nama betul dia kenalah tanya
Satu lagi makanan kegemaran
Takoyaki sedap lemak rasanya


Ini satu lagi makanan Jepun kegemaran anak-anak. Sesiapa yang suka dan minat dengan makanan Jepun bolehlah cuba buat sendiri ya:)

Resepinya umie dah letak di MR juga ya :)
Di sini umie letak jugalah resipinya ya...

Bahan

200 gm tepung tempura
50 gm potato starch
2 biji telur
350 ml susu segar
250ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
garam (jika perlu ditambah)
2 batang lidi sate
Kobis- potong halus
carrot - potong halus
sotong (rebus dan potong kecil)
Bonito flake
Mayonis

Bahan Sos

1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan air
1/2 sudu teh wasabe (boleh kurangkan jika tak suka pedas)


Cara-cara

  1. Bancuhkan semua bahan kecuali sayuran, sotong, bonito flakes & mayonis.
  2. Panaskan acuan dan lenserkan butter
  3. Takoyaki1
    Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan
  4. Takoyaki2
    Kemudian masukkan sotong
  5. Takoyaki3
    Taburkan daun kobis dan carrot
  6. Takoyaki
    Penuhkan acuan dengan adunan tepung dan kalau melimpah pun tak apa.
  7. Takoyaki4
    Gunakan 2 batang lidi dan terbalikkan adunan
  8. Letakkan sedikit butter ke atas takoyaki,sambil terus memusingkannya dengan lidi sate hingga masak sekata dan bulat
    Takoyaki5
  9. Takoyaki6
  10. Letak dalam pinggan dan tuangkan sos,mayonis serta tabur bonito flake ke atasnya.
    Takoyaki7
  11. * Sos nya -> 1/4 cawan kicam manis + 1/4 cawam air dan 1/2 sudu teh wasabe (gaul rata)

14 November 2008

Tag ~ From Amer ~ What if your ex said these to you???

Gambar hiasan : Tinggal kenangan Kitty & Lucky (selepas Kitty hilang hampir seminggu - ditemui dalam keadan sakit teruk...)
Pasu dibeli untuk dipamer
Letak sebelah pasu ikan
Tag dapat daripada amer
Sudahpun kak e jawabkan

Tag ini amer yang beri... Sebenarnya tag camni sesuai untuk orang muda je... sebab orang tua cam kak e ni rasanya cam kelakar je nak menjawab semua soalan yang berbau remaja hehehehehehe. Namun begitu kak e jawab jugalah agar tidak menghampakan amer... Thanks ya sebab kasi tag ni...

WHAT IF YOUR EX SAID THESE TO YOU???

hi. how are you?
Fine... (lepas tu baru tunjuk lagak kat dia hehehehe)

hey! you wanna go to mail?
No, I have my own dispatch

i love u
Excuse me...

do you want some cookies?
I am full!

can u take me a picture?
Ask a cameraman to help you :p

help me in my homework!
DIY!

here's my gift to you..
I don't want it...


...lets just be textmates
I have no time for that!


do you want me to buy you an ipod??
I have already got the latest one :p

lets sit together in the bus
I drive my own car...

hi baby...
Who are you???

you still cute
I am always cute :p


i still love you
I never love you and I will not...


can i visit your house??
Sorry...


do you love me??
Never!


he love you
Sure!



follow this instruction:

names 5 candidates on your list
ask them to complete this tag report on their blog
write the title 'what if your ex said this to you'


ok siap!! mangsa seterusnya ialah...


Kak e dah intai2 banyakkan kawan2 dah jawab... so kak e biarkan benda ni terbukalah ya... sapa2 sudi boleh jawab ok!


* sorry ya amer...