13 November 2008

Simple Tortilla


Dir dan Fara saling berpandangan
Sambil minum air basahkan tekak
Simple tortilla dijadikan hidangan
Makanan segera kegemaran kakak


Tortilla yang mudah ini merupakan kegemaran anak-anak umie, terutamanya si kakak. Apa yang mudah ialah kepingan tortilla boleh didapati di supermarket dengan harga yang amat berpatutan (berbaloilah beli berbanding buat sendiri -> sah memang umie malas nak buat sendiri hehehehehe)


Untuk isinya pula, boleh diletakkan apa saja inti yang disukai. Untuk tortilla yang mudah ini, umie letakkan inti daging cincang bersos tomato di dalamnya. Kemudian lipat dan masukkan sekejap di dalam grill agar panas dan garing. Dahpun siap untuk dimakan... Simple kan ;)

Bahan

Kepingan tortilla (4 keping - atau lebih ikut bilangan orang nak makan)
250gm daging cincang
5 ulas bawang merah - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tin choped tomatoes
1 sudu besar cili boh/giling
perasa secukupnya
1sudu besar minyak untuk menumis
mayonis - jika suka

Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan bila sudah panas, masukkan bawang cincang diikuti dengan bawang puting cincang.
2. Masukkan cili boh dan choped tomatoes - kacau rata
3. Masukkan daging cincang dan perasa secukupnya - kacau rata hingga daging masak
4. Padamkan api dan sejukkan sebentar
5. Bentangkan 1 keping tortilla dan letakkan inti yang telah dimasak di tengah-tengahnya.
6. Lipat tortilla dan masukkan ke dalam grill untuk 1-2 minit.


11 November 2008

Chiku ~alhamdulillah sihat semula~

Gambar terbaru Chiku - pandangan yang tajam :D


Jebat pulang cuti untuk berehat

Menaiki teksi ke Kuala Berang
Alhamdulillah Chiku kembali sihat
Buatkan hati kami menjadi girang


Chiku tidak kuasa nak layan umie hehehehehe


Alhamdulillah... Chiku kelihatannya telah kembali seperti biasa, sudah mahu makan dan bermain... Apa yang buat kami rasa yakin Chiku telah kembali pulih kerana melihatkan perangainya yang 'sombong' dan 'garang' itu memang seperti sebelum dia sakit :D

Walaupun Chiku telah pulih daripada sakit juandice /sakit kuning yang dihidapinya sebelum ini, namun menurut doktor haiwan yang merawatnya, Chiku masih perlu diberikan ubat untuk memastikan hatinya benar-benar sihat...

Masalah yang dihidapi sekarang bukan untuk membelikan ubat-ubatan yang diperlukan tetapi tidak lain kerana memikirkan kesukaran untuk memberikan ubat-ubatan kepada Chiku... Sedangkan semasa sakit pun sukar untuk diberikan ubat, apa lagilah bila dalam keadaan sihat...

Sungguhpun begitu, kami tetap akan cuba berikan yang terbaik buat Chiku, anak jantan kesayangan kami...


7 November 2008

Semoga Mendapat Haji Mabrur

Perasaan Farah bercampur-baur
Membaca sms Dir berkali-kali
Semoga mendapat Haji Mabrur
Juga selamat pergi dan kembali


Kita semua telah sedia maklum bahawa ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan merupakan suatu kewajipan yang mesti ditunaikan bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya.


Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya
:

"Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah fardukan ibadah haji ke atas kamu, maka hendaklah kamu tunaikannya..."

(HR Imam Bukhari).

Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali 'Imran ayat 97:

Maksudnya:

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya".


Sempena bulan haji ini, kedua-dua orang MIL dan FIL (mother inlaw/farher inlaw) telah berangkat ke tanah suci Mekah pada awal pagi ini. Alahmdulillah, hasrat mereka untuk menunaikan ibadah haji telah terlaksana setelah mereka tidak berjaya untuk pergi pada tahun sebelum ini. Ini bukanlah kali pertama mereka menunaikan haji, cuma kali ini FIL umie berangkat dalam keadaannya yang agak uzur :(

Doa mengiringi mereka dan semoga MIL dan FIL umie akan diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah haji. Hanya doa juga dipohonkan kepada Allah SWT semoga MIL dan FIL akan selamat pulang ke pangkuan keluarga dan mendapat haji yang mabrur... Inysa'allh...




6 November 2008

Award 'untuk kakak' from dir


Cinta dir &fara terus membara
Madah indah menjadi kata-kata
Award diberi oleh dir dan fara
Diucapkan terima kasih berjuta
Bila buka blog pagi ni, ada msg dari dirfara (sepasang kekasih yang saling mencintai) yang mempelawa umie untuk mengambil award yang disediakan khas untuk 'kakak-kakak' sahaja :p

Dengan besar hati, award itu diterima sebagai menghargai pemberian daripada seorang adik. Kebetulan pulak pagi ini ada masa terluang untuk meletakkannya di n3 ini...

Terima kasih daun keladi...

* Semoga impian dir dan fara untuk menjadi pasangan suami-isteri yang bahagia, serasi dan terus dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan cinta akan menjasi kenyataan... Doa kakak-kakak terus bersama kalian berdua...

Award - from MORALLE


Lin pergi ke rumahnya Kasawari
Walau sekejap tapi dapat berehat
Award dari morrale ambil sendiri
Bukti persahabatan terjalin erat


Masa jalan-jalan kat blog kawan-kawan, umie singgahlah kat blog MORALLE, adalah n3 tentang award yang diperolehinya. Apa yang menarik ada notes yang ditinggalkan untuk kawan-kawan yang singgah di sana. Ini bunyinya...

PERHATIAN

Ni nak kes paksa sikit yer, kalau uols really really appreciate this frenship of ours in this cyber world, pls take this award, tempek ker, tampal ker, paste ker at yr blog, thannnnnnnnn leave yr comment here that u hv done so, dengan cara ini moralle will know yg uols ni semua betul-betul menghargai persahabatan kiter semua, dan dengan ini juga bermakna all of us, yg dah di link or baru di link or akan di link aderlah sahabat-sahabat cyber yg Amazing....wahhh ni dah terover menggugut, but tak peduli, harus jugak di lakukan;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; FOR ALL OKAY, MAKNERNYER YG MASUK KER BLOG INI :):):):)

Memandangkan erti persahabatan itu begitu besar buat umie (walaupun di alam siber dan belum pernah bersua muka) maka umie pun dengan besar hati menerima award ini dan gantungkan di 'dapur usang' umie ni :)

Harap MORALLE happy ya...




Tag dari Su77

Gambar hiasan - semasa melawat masjid Cordoba - Andalusia - Spanyol


Tirana ke Cameron naiki kereta
Sampai di sana beli strawberi
Tag dari su77 yang cantik jelita
Moga puas hati jawapan diberi



Dalam keadaan yang kurang mempunyai kesempatan, dapat pulaklah TAG daripada Su77 - Thanks sebab ingat pada kak e ya :-*


Memandangkan perlu mengupdate n3, maka dijawab jugalah soalan yang dikemukan sebagai bahan untuk n3 hari ini hehehehehehe :D



1. What is the relationship of you and him/her?
Hb-wife --> Fine... Excellent! :p

2. Your 5 impressions towards him/her.
- understanding - patient - forgive - care - everything ler :D

3. The most memorable things he/she had done for you.
I can't put them in words...

4. The most memorable things he/she have said to you?
I love you - you are my 1st love hehehehehe - more than 20 yrs ago :p

5. If he/she become your lover, you will...
He is my lover forever -my beloved hb

6. If he/she become your enemy, you will...
Never ever...

7. If he/she become your lover, he has to improve on...on his/her
He has done it!

8. If he/she become your enemy, the reason is...
Will never be...

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Nothing...

10. The overall impression of him/her is...
Very patient on me hehehehehehe

11. How do you think the people around you will feel about you?
I don't know...

12. The character of you for yourself is?
- very friendly - talkative - difficult to stop talking :D - playfull :p - happy go lucky type - easy to forgive ( but not to forget hehehehe)

13. On contrary, the character you hate of yourself is?-
Never say 'NO'

14. The most ideal person that you wanna be is?
I have no idea...

15. For the people who likes you, say something about them.
Thank you so much!

16. Ten people to tag:

I think most of you have got this tag, so let me just open it to anybody who wants to do... ok...

5 November 2008

milky manggo drink


Cik Mat ramah melayan rakan
Sambil memasak laksa nyonya
Minuman ini mudah disediakan
Penuh pula dengan khasiatnya

Umie memang dah tak seproduktif awal-awal mengupdate n3 di sini.... Bukan tak mahu nak update tetapi disebabkan ketiadaan ruang masa untuk duduk di depan komputer (sebenarnya tiap-tiap hari duduk depan PC tetapi tak berkesempatan untuk update n3). Seperti yang Tirana sebutkan, blog ini merupakan kegiatan sambilan atau pun untuk mengisi masa lapang... Bila masa lapang tu 'tak lapang' maka blog pun penuhlah dengan sawang :p hehehehehehe

Hari ini umie cuba juga mencari kesempatan untuk mengupdate n3 dan kebetulan air magga susu ni dah pun dibuat sebelum-sebelumnya lagi... Jadi letaklah sebagai n3 terkini ;) Jom try buat air mangga susu ni... best! (bagi yang suka buah mangga dan susu ler...)

Bahan-bahan: (untuk satu gelas)

1 biji mangga - ambil isi
1/2 gelas susu segar
air batu secukupnya
gula/air gula - jika mau tambah manis

Cara:

1. Blend atau lumatkan isi buah mangga (jadikan puree)
2. Masukkan manggo puree ke dalam gelas
3. Tuangkan susu segar ke dalam puree mangga tadi
4. Hidangkan dengan air batu secukupnya

* Best kalau minum masa petang dan ketika cuaca panas ;)

3 November 2008

~ Tak sempat nak update ~

Dapur umie ni pun dah jarang benar berasap...

Jebat memang suka buah durian

Durian dibeli di Kuala Kelawang
Disebabkan kesibukan hal harian
Blog pun sudah mula bersawang


Bulan Ramadhan dah lama meninggalkan kita. Bulan Syawal juga dahpun berlalu pergi... Namun keadaan umie masih lagi seperti sedia kala... sibuk yang berpanjangan... dengan macam-macam hal...

Memanglah membosankan kawan-kawan kerana tidak ada n3 baru yang dipaparkan... apa nak kata... keadaan tidak mengizinkan untuk umie memaparkan n3 baru...

Walaupun begitu, umie mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang masih sudi untuk menjenguk umie di sini...

* Thanks ya Shai sebab membuatkan kak e mencoretkan sepatah dua kata setelah membaca msg yang ditinggalkan tu :p

28 October 2008

Happy 1st Blog Day!!!


Sarapan pagi Mat goreng mehun
Dihidang bersama roti seri kaya

Tarikh hari ini genaplah setahun

Blog umi-e berada di alam maya


Tanggal 28-10-2007 merupakan tarikh pertama blog umi-e dibuat dengan bantuan hb dan anak-anak tersayang... Tanpa bantuan mereka, sampai bila pun umie tak akan ada blog ini :S

Selama setahun berada di alam maya, umie telah mendapat banyak pengalaman dan teman :) Terima kasih umie ucapkan kepada semua teman-teman/bloggers yang sudi terus berkunjung ke blog ini. Tanpa kalian mungkin blog ini tidak akan terus berada di alam maya ini...

Cuma apa yang umie dapati, n3 umie sudah mula berkurangan dan sudah kurang menepati tema atau tujuan utama blog ini - blog main masak-masak :p :D kerana keadaan kadang kala tidak mengizinkan umie untuk aktif di dapur - alasan je tu :p hehehehehehehe

Walaupun begitu, umie akan cuba untuk terus mengupdate n3 dari masa ke semasa hehehehehehe :D

22 October 2008

Real cuppies


Cik Mat Gebu beli berangan
Berangan dibeli dari Sedenak

Kek cawan menjadi hidangan

Buat santapan petang si anak


Kek cawan atau cuppies kini begitu popular di kalangan masyarakat. Kek cawan kini mempunyai pelbagai-guna. Ia kini bukan sahaja sekadar untuk santapan petang atau sebagai pencuci mulut tetapi sudah dipelbagaikan fungsinya. Misalnya dijadikan sebagai 'buah tangan/door gift' untuk sesuatu majlis. Malah ia juga kini dijadikan sebagai 'kek hari jadi', 'kek hantaran' dan juga 'kek perkahwinan'.

Kek cawan ini umie buat untuk makan anak-anak... Memandangkan ia sebagai juadah untuk hidangan keluarga, jadi umie telah membakar kek cawan di dalam 'cawan yang sebenar'. Seperti kek cawan biasa, umie telah menghiasnya dengan menggunakan butter icing. Rasanya lebih praktikal dan jimat membuat kek cawan begini jika untuk santapan sendiri kerana harga 'cawan kertas' turut mengalami kenaikan.

Untuk keknya umie telah mengunakan butter cake dan untuk toppingnya pula umie telah menggunakan 'butter icing'. Di bawah ini umie berikan resepi kek dan juga icing yang digunakan semasa membuat kek cawan ini.


Bahan Kek :

8 biji telur
250gm gula halus
250gm tepung gandum
25gm ovellete
2 sudu teh baking powder
125gm butter - dicairkan
100gm air
* cawan tahan panas atau cawan kertas secukupnya

Cara:

1. Panaskan oven sementara menyediakan adunan.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder
3. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu
4. Masukkan ovellete
5. Masukkan tepung dan air berselang seli sambil terus memukul adunan dengan speed perkahan
6. Akhir sekali masukkan butter cair hingga rata
7. Sudukan adunan kek ke dalam 3/4 cawan tahan panas / cawan kertas
8. Bakar selama 1/2jam pada suhu sederhana/ sehingga lidi yang dicucuk keluar dengan bersih
9. Bila telah masak - sejukkan sebelum dihias dengan icing mengikut suka atau kreativiti sendiri


Bahan icing:

250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar (mengikut keperluan)
Pewarna ikut suka


Cara:

1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
Pukul_sampai_kembang

2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu segar - jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi terlalu lembut)

3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna mengikut suka. Kacau sehingga rata...

4. Hiaslah kek cawan anda mengikut yang anda suka