Cik Mat Gebu beli berangan
Berangan dibeli dari Sedenak
Kek cawan menjadi hidangan
Buat santapan petang si anak

Kek cawan ini umie buat untuk makan anak-anak... Memandangkan ia sebagai juadah untuk hidangan keluarga, jadi umie telah membakar kek cawan di dalam 'cawan yang sebenar'. Seperti kek cawan biasa, umie telah menghiasnya dengan menggunakan butter icing. Rasanya lebih praktikal dan jimat membuat kek cawan begini jika untuk santapan sendiri kerana harga 'cawan kertas' turut mengalami kenaikan.
Untuk keknya umie telah mengunakan butter cake dan untuk toppingnya pula umie telah menggunakan 'butter icing'. Di bawah ini umie berikan resepi kek dan juga icing yang digunakan semasa membuat kek cawan ini.
Bahan Kek :
8 biji telur
250gm gula halus
250gm tepung gandum
25gm ovellete
2 sudu teh baking powder
125gm butter - dicairkan
100gm air
* cawan tahan panas atau cawan kertas secukupnya
Cara:
1. Panaskan oven sementara menyediakan adunan.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder
3. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu
4. Masukkan ovellete
5. Masukkan tepung dan air berselang seli sambil terus memukul adunan dengan speed perkahan
6. Akhir sekali masukkan butter cair hingga rata
7. Sudukan adunan kek ke dalam 3/4 cawan tahan panas / cawan kertas
8. Bakar selama 1/2jam pada suhu sederhana/ sehingga lidi yang dicucuk keluar dengan bersih
9. Bila telah masak - sejukkan sebelum dihias dengan icing mengikut suka atau kreativiti sendiri
Bahan icing:
250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar (mengikut keperluan)
Pewarna ikut suka
Cara:
1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu segar - jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi terlalu lembut)
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna mengikut suka. Kacau sehingga rata...
4. Hiaslah kek cawan anda mengikut yang anda suka












