5 August 2009

Xing Yun *new member of the house*

Istimewa dengan kakinya yang lurus seperti batang kayu

Pergi ke Utara jumpa Mimi
Sampaikan salam dari Kakyu
Xing Yun ahli keluarga kami
Kakinya lurus bagaikan kayu

Lihatlah bagaimana Xing Yun berjalan... kakinya lurus tidak boleh dibengkokkan

Kami namakan Xing Yun dalam bahasa Cina (nasib yang bertuah) untuk kucing yang baru umie ambil dari jalanan ini. Umie jumpa Xing Yun semasa dia sedang duduk di jalanan, umie terpandang cara jalannya yang agak pelik, lalu umie pegang dan cuba lihat mengapa keadaannya begitu. Rupa-rupanya kaki belakang sebelah kirinya telah patah dan sudahpun mengeras bagai sebatang kayu yang lurus (tidak boleh dibengkokkan langsung).

Apabila melihat keadaannya yang begitu, umie telah membawanya balik ke rumah. Kemudian membawanya berjumpa doktor tetapi kakinya tidak dapat dibaiki. Pahanya patah dan begitu juga dengan kakinya itu semasa dia kecil, mungkin kerana dilanggar dan tidak cepat2 dibawa berubat (kalaulah dia diubati semasa dia baru dilanggar, mungkin keadaannya tidak begini). Maka dia akan terus berkeadaan begitu seumur hidupnya :(

Xing Yun telah diberikan suntikan vaksin yang pertama, dan kedua dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Selepas itu dia akan umie 'mandulkan' untuk memastikan dirinya lebih sihat. Lagipun, dalam keadaan kecacatan yang dialaminya, mungkin akan memberi kesakitan kepadanya untuk melahirkan anak.


Xing Yun suka bermain dengan kotak tisu - ada sesiapa yang perasan bekas tisu tu tak ;)


Walaupun Xing Yun cacat kakinya tetapi dia tetap aktif bermain. Dia juga manja dan suka dimanja. Cuma kesian sebab Itni (kucing umie yang paling baik) ternyata amat tidak suka pada Xing Yun. Setiap kali terpandang Xing Yun, Itni akan memukulnya dan Xing Yun akan melarikan diri bersembunyi.

Kucing-kucing yang lain semuanya sudah boleh menerima Xing Yun sebagai ahli keluarga terutamanya Mahzuz kerana Xing Yun dan mahzuz lebih kurang seusia. Mahzuz suka sangat bermain dengan Xing Yun.

Kucing umie bertambah lagi... tapi seperti biasa, tidak ada kucing yang 'cantik' tetapi kucing yang 'istimewa' :)

...aammiinnnnn



37 comments:

  1. So sweet
    Xing Yun its a beautiful name :)
    Nice pictures ....
    I send a big hug to xing yun
    Kareltje =^.^=

    (Thanks for the english tittle :)

    ReplyDelete
  2. salam umie. apa kabar. wah.. dah bertambah nampaknya anak-anak tu. InsyaAllah bertambahlah lagi rezki umi

    ReplyDelete
  3. Anya... thanks :)

    kakpah... alhamdulillah... terima kasih atas doa yang diberikan :)

    ReplyDelete
  4. salam kak.. saya kagumlah ngan akak, pencinta makhlukNya.. saya pun suka kucing

    ReplyDelete
  5. OMG! Menitik airmata baca entry ini. Terima kasih kak e selamatkan xing yun! Memang istimewa. Kaki dia yaang patah dah mengeras dengan sendirinya.

    MasyaAllah. tak dapat nak bayangkan macam mana kesakitan yang dia rasa selama kaki dia nak sembuh!

    Allah temukan dia dengan Kak e. walau lewat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. oh kak e...mulianye hati akak..Hurmm kucing2 tu mesti doakan akak....Sampai akhirat mrk tak lupakan jasa akak..yg telah selamatkan mereka dari mati kelaparan di jalanan..

    ReplyDelete
  7. Salam umi-e.

    Budi baik umi-e akan dibalas Allah SWT. Btw, umi-e tinggal di area BBB ke ?

    ReplyDelete
  8. maiyah..

    tedi...

    anna...

    kak gee...

    Saya hanya bawa pulang yang saya rasa benar2 memerlukan pertolongan sebab kalau nak ikutkan hati semua perlu kita tolong kan...

    ReplyDelete
  9. Salam kak e...Moga Nisfu ini membuka catatan yang barakah buat Kak e yang berhati mulia...tersentuh betul dgn n3 ni....dan Xing Yung pasti bertuah mendapat tempat di hati Kak e...AMIN!!!

    ReplyDelete
  10. watie... thanks...

    aaamminnnnn

    ReplyDelete
  11. Salam Umie murahlah rezeki bela kucing jalanan sebab kucing selalu doa utk. tuan dia...

    ReplyDelete
  12. Salam umie murah rezeki bela kucing ni sebab dia selalu doa utk. tuan dia...

    ReplyDelete
  13. norliza... Insyaallah... semoga Allah membukakan pintu2 rezekiNYA dengan pelbagai cara :)
    TQ

    ReplyDelete
  14. umi-e, dah lama ku tak mampir kesini, bukan orang je kena virus, broadband ku juga diserang virus, aku kangen berbloging huhuhu...
    umi-e, pelik lah mie kucing tu..
    bagusnya umi-e ni segala kucing kat tepi jalan dia kutip bawak balik.. semoga umi-e murah rezeki..

    ReplyDelete
  15. umie..teringin nk gi umah nk tngok kucing tu sendiri...syian dia...KKU..bila ek leh gi umah umie.. sebak sya baca kisah kucing tu..comey nyer dier

    ReplyDelete
  16. Syabas kak-e, dan warna bulu dia sama dengan chinonet saya...yg saya jumpa masa baby kat bawah keta di parking lot...

    ReplyDelete
  17. SMM... BBand pun kena virus eekkk - dah baik ke tu?

    Misslyn... bila nak datang, meh ler... email kak e dulu ok - nanti kak e kasi contact no.

    mawar merah...chinonet awak dah besar ke?

    ReplyDelete
  18. waaa comelnya nama tucins tuu..hehe..
    pandai umi_e bagi nama.
    semoga rezeki umi_e pun bertambah jugak.. salute atas usaha murni akak tu :)

    ReplyDelete
  19. iza... thanks...

    aammmiinnnnn

    ReplyDelete
  20. Salam kak umie,
    Jalan2 tertengok blog kak umie. Seronok tengok kucing2 kak umie. Apa makanan kak umie bagi kat diaorang?

    ReplyDelete
  21. siti... thanks singgah sini :) kak e kasi makan makanan kering yang kak e beli kat pet shop sebab dah banyak2 jenis (IAMS, RC, SP dan brand2 biasa) yang kak e kasi tapi cuma yang ni saja kucing2 kak e 'tak muak' so kak e tak tukar2 dah...

    ReplyDelete
  22. kak E.. susah nyala nk menyebut nama Xing Yung.. nasib baik menaip je.. kalu nk panggil cam ne agak eh..

    suka wat gimnastik dak xing yung tu ekk.. hehe

    ReplyDelete
  23. ayu... kak e pun berapa kali practice menyebut nama dia hehehehe

    ReplyDelete
  24. salam kak e..
    kagum sangat dengan kegigihan kak e menjada kebajikan kucing-kucing peliharaan kak e ni...kucing-kucing ni tentu sayangkan kak e kan :)

    ReplyDelete
  25. za... kalau dah ambil tu - dah jadi sebahagian daripada keluarga so kenalah jaga kebajikan mereka juga ;)

    ReplyDelete
  26. bagus bela kucing nie...
    kucing kan slalu doa tuk tuan die... :)

    ReplyDelete
  27. PakKaramu...banyak eekkkk :p

    ReplyDelete
  28. salam kak-e....baiknya hati kak-e, mudah2an murah rezeki.

    kita sedih la skg ni kak-e, dgr berita Tommy kat kampung Kelantan dah meninggal, gaduh dgn kucing kampung. tak smpt nk jumpa raya nanti....

    ReplyDelete
  29. kakzana... kak e turut bersedih dengan kematian tommy :((

    ReplyDelete
  30. wow... my dreams nak bina castle tok meowww kak... mcm rumah ler... leh bina kandang byk2 so x kene ujan... hehe... meoww tepi jalan suke gesel2 kake saye tp x mampu nak bawe balek...huhu...

    ReplyDelete
  31. Amelia... semoga impian murni itu menjadi kenyataan :)

    ReplyDelete
  32. bgs la kak e..
    pencinta haiwan..

    ReplyDelete
  33. amer... thanks :)

    * kak e memang sayang sangat kat kuching...

    ReplyDelete