14 August 2009

Berjumpa teman Blogger


Teratai cik Mat terapung-apung
Warnanya merah semua serupa
Ielaz bercuti pulang ke kampung
Singgah ke Bangi kami berjumpa

Sudah lebih kurang seminggu umie tidak update n3. Tidak ada apa-apa yang menarik untuk dipaparkan. Masakan memang tidak ada kerana umie tidak lagi aktif memasak. Untuk n3 hari ini umie nak coretkan kisah pertemuan dengan Ielaz .

Minggu lalu Ielaz pulang bercuti ke tanah air bersama suami dan anaknya yang comel (iman chan). Ielaz telah meluangkan masa untuk ke rumah umie kerana hendak menghantar acuan tamagoyaki yang dikirim oleh si kakak.

Seronok sungguh dapat berjumpa dengan Ielaz sekeluarga. Sungguhpun itu merupakan pertemuan yang pertama tetapi sepertinya kami telah lama kenal. Ielaz dan suaminya begitu ramah dan mesra. Si comel, iman chan juga begitu mesra sebab tidak menangis bila dipegang :)

Pertemuan kami begitu singkat kerana suami Ielaz ada urusan lain untuk dibuat. Rasanya tidak puas bermesra dengan Ielaz dan si comel, Iman. Diharap akan ada waktu untuk kita bertemu lagi. Mungkin masa itu Iman sudah pandai berjalan dan bercakap bahasa Jepun ;)

Terima kasih ya Ielaz kerana sudi bersusah payah ke rumah. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan terus berpanjangan...


13 comments:

  1. Sukanya Kak e...dah betul2 dapat pegang Iman Cyan...Watie dok berangan jer pegang Iman..kat alam cyber...bulatnya pipi dia...ni yg geram tu!!!Alhamdulillah...sihat nampaknya semua yg dalam gambar tu...tak lah risau sgt sejak Ielaz balik dia dah tak ol...TQ kak e untuk berkongsi khabar tentang Ielaz & Iman...

    ReplyDelete
  2. watie... iman memang menggeramkan sebab pipi dia macam pau hehehehehhe - cute sungguh!

    ReplyDelete
  3. hye iman chan!! bulat pipi awak? nak cubit boleh? :P

    ReplyDelete
  4. tedi... memang pipi iman chan tu tembam!

    ReplyDelete
  5. salam umie. Shat?
    umie bila nak jumpa kakpah hehe....

    ReplyDelete
  6. salam.. nanti raya bleh dtg lawat kita heee

    ReplyDelete
  7. kak pah... boleh je nak jumpa - boleh kata hari2 lintas kat kaw TADIKA sek 3 tu :p

    maiyah... Insyaallah ada rezeki dan jodoh kita akan berjumpa :)

    ReplyDelete
  8. Thats so lovely to meet blogfriends,
    you are looking great and so young
    (now I am feeeling old hahaha...)
    Very friendly shot and and very BEAUTIFUL baby :))))))))

    ReplyDelete
  9. Anya... thanks and hope we can meet in real life too ;)

    ReplyDelete
  10. umi-e, bila pulak kita nak jumpa? aku malu..

    ReplyDelete
  11. SMM... bila2 je... apa nak malukan...

    ReplyDelete
  12. amer... memang comel budak kecik tu :D geram je dengan pipi dia yang montel tu hehehehehe

    ReplyDelete