1 August 2008

Bubur kacang durian


Cik Mat hidangkan mee suah
Rajin memasak juadah harian

Sekarang ini kan musim buah
Bubur kacang pun letak durian


Durian dari kebun yang dibekalkan oleh adik semasa balik ke Melaka


Sekarang ini kan musim buah, macam-macam buah ada... Minggu lalu umie balik Melaka menziarah abang yang dimasukkan ke hospital. Pulang dari ziarah abang, umie singgah di rumah adik. Lama jugalah tidak ke sana, sehinggakan buah pun dah 'di hujung-hujung' :p

Ada rezeki jualah nak merasa durian dari kebun sebab adik umie simpankan mana yang ada bila tahu umie akan ke sana. Buah manggis, rambutan dan duku langsat memang masih banyak cuma tak larat je nak punggah bawa balik hehehehhe

Bila musin buah terutamanya durian, macam-macam juadah dihidangkan berkaitan dengan durian, salah satunya bubur kacang... Senang je nak buatnya tapi umie letak jugalah resepinya di sini, mana tahu esok-esok anak umie nak buat sendiri :D


Bahan

500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau gula melaka
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Isi durian - ikut suka banyak


Cara

1. Bersihakan dan rendam kacang hijau lebih kurang 2 jam
2. Rebus kacang hijau sampai lembut
3. Masukkan gula merah atau gula melaka dan sedikit garam
4.
Masukkan santan bersama daun pandan
5. Masukkan durian/isi durian dan masak hingga mendidih

11 comments:

  1. haaaaaaaaa? bubur kacang durin?
    mmg xpenah rase..glupp mesti bes.

    ReplyDelete
  2. Bubur kacang campur durian... woowww.. best tu... makan plak cecah dgn roti gardenia... petang-petang sambil tgk tv... wooo best tu...

    ReplyDelete
  3. cemut... macam bubur kacang biasa cuma ada perasa durian je :D

    ReplyDelete
  4. chimera... kalau buat ice pun sedap tau! ;)

    ReplyDelete
  5. ni..

    makanan kucing gak ke?

    ahaks

    ReplyDelete
  6. ezad...

    hehehehehe yang ni tuan kucinglah yang makan :p

    ReplyDelete
  7. Alahai bubur kacang campur durian. ada yang makan sampai terangkat, ada juga yang tutup hidung tak leh makan. Semuanya bergantung pada selera masing2.

    ReplyDelete
  8. toknabe...

    tu ler... walaupun kak e kembar tapi kembar kak e tak gemar durian... dia tolong punggahkan je durian dari kg utk kak e dan temankan kak e gi makan durian di tepi jalan hehehehehe

    ReplyDelete
  9. akak, tq 4 the recipe..walaupun sy dah jadi mak orang masih x reti nak buat bubur kacang durian..ahaks :D

    ReplyDelete
  10. ayu... durian banyak kat mana2 kan...

    mama shahmi... senang je... nanti bolehlah buat eekkkk ;)

    ReplyDelete