4 May 2009

Sedap sehingga menjilat jari :P


BelalangDewa lawa memakai kot
Tertinggal komuter terlari-lari
KFC makanan yang kini diboikot
Sedapnya sehingga menjilat jari

Mahzuz tak mahu keluar dari kotak

Hari ini tak ada masakan untuk dipaparkan (maklumlah dapur rumah dah jarang berasap) maka umie nak buat tayangan coretan tentang Mahzuz - ahli baru yang telah umie ceritakan dalam n3 yang lalu...

Kebetulan Selepas Adlin @ Baby @ Bubble selesai makan kegemarannya, si Mahzuz pun mengiau-ngiau minta diberi perhatian. Bila diangkat sahaja Mahzuz ke atas, terus dia melompat masuk ke dalam kotak yang telah dikosongkan isinya. Hanya dengan bekas dan baunya sahaja Mahzuz dah 'kenyang' sehingga menjilat jari.

Mulanya kami hanya tergelak memerhatikan telatahnya yang beria-ria menjilat jarinya. Kemudian baru kami terfikir untuk merakam telatahnya itu. Memang telatah Mahzuz melucukan dan sesuai dengan tema KFC - Sedap sehingga menjilat jari - hehehehehehe cute kan Mahzuz ;)

11 comments:

  1. aduhaii x lama lg gumuk le mahzuz ni yek..mkn sedap2 lak tu...

    ReplyDelete
  2. sis... Mahzuz tak makan... amek bau jer :P

    ReplyDelete
  3. akak pn ade kucing itam??
    kt umah sy ni sume kucing itam..
    5 eko...
    golappp dunia...hahaha

    ReplyDelete
  4. kak e...nampak comey pulak kucing tu dalam gambar....

    ReplyDelete
  5. nurul... insyaallah i will visit your blog :)

    mira... ada dua tapi taklah semua hitam :p

    mat... kalau tengok betul2 rupa dia memang tak elok :S

    ReplyDelete
  6. kak e...cute la mahzuz lani...ni mesti dia makin sonok duk ngan fmly kak e kan...bertuah la si mahzuz ni

    ReplyDelete
  7. fiza... memang mengada-ngada si Mahzuz tu tau :D tapi dia dah tau nama dia, bila panggil dia akan berpaling dan datang :)

    ReplyDelete
  8. kiutnya kucing ni. Rumah sewa saya tak boleh bela kucing, sebab semua orang sangat bz. Nanti kesian pula pada kucing2 ni. Boleh bela pokok bunga je.hehe

    ReplyDelete
  9. :)KFC!!!!ha...ha..ha lawak tgk kucing comel tu

    ReplyDelete
  10. xara... tak payah lah bela kalau tak empat... memang kesian kat kucing2 tu nanti..

    ubilepih... kucingpun pandai nak posing :p

    ReplyDelete
  11. omeynya mahfuz..berkilat2 bulu dier...kak umi bagi mkn apa ek...syonok main ngan kucing itam nih...sya suka tngok kucing masa dia main..telinganya ke depan

    ReplyDelete