29 April 2009

Hadiah dari MyResipi ~ belated ~

Hadiah yang dihajati kini telah dimiliki
Sis-Lin cantik merahnya pipi
Suka tersenyum ceria selalu
Hadiah dapat dari My Resipi
Buat hari jadi awal bulan lalu

Kad khas dari Kelab Sosial My Resipi (KSMR)

Bulan April dah nak sampai ke penghujung... Ya Allah... cepatnya masa berlalu... Usia umie juga bertambah setahun lagi dan mungkinkah tahun hadapat akan dapat menyambut ulang tahun kelahiran seperti tahun ini? Semoga Allah melanjutkan usia agar umie dapat terus mengumpul saham sebelum bertemu dengan-NYA :) Insya'allah...

Sebenarnya n3 ini sekadar untuk membuat 'tayangan amal' tentang hadiah yang umie dapat dari Kelab Sosial My Resipi. Hadiah ini sudah disediakan semasa ulang tahun umie awal April yang lalu tetapi umie minta supaya ianya dihantar 'by-hand'. Oleh sebab nak 'by-hand' maka kenalah tunggu sampai berjumpa dengan si Lily pada hari 'main-main dengan icing BC' baru ni.

Terima kasih di atas hadiah yang memang umie inginkan... sebenarnya untuk hadiah hari jadi, boleh buat permintaan apa yang dihajati... umie minta alatan untuk sugar paste atau fondant. Apa yang dihajati telah umie dapat dari KSMR kali ini. Tahun depan bolehlah minta lagi ya Lily ;)




5 comments:

  1. dapat hadiah jangan dirosak
    hari gelap meskipun siang
    sambil bermadah sambil memasak
    bertambah sedap makanan dihidang

    ReplyDelete
  2. Belalang Dewa di atas sampan
    ditangkap oleh anak cik nyonya
    hadiah istimewa pasti disimpan
    pemberian teman tiada nilainya

    ReplyDelete
  3. Salam persinggahan.
    Happy belated birthday, yg keberapa tu....???

    ReplyDelete
  4. kak umi goreng keranji
    jatuh sebijik dalam perahu
    apa resepi hari ini
    belalang dewa ingin nak tahu

    ReplyDelete
  5. wah dpt hadiah tu..
    tahniah.. he he

    ReplyDelete